APABILA anak-anak meningkat usia, salah satu perjalanan hidup yang perlu dilalui adalah ketika sambung pengajian setelah tamat zaman persekolahan.

Sudah tentu si anak teruja, namun bagi ibu bapa pastinya mengalami perasaan gembira serta risau apabila perlu melalui perpisahan sementara.

Tambah lagi, apabila anak tersebut mendapat peluang melanjutkan pengajian di luar negara.

Seperti juga dengan pasangan selebriti Ozlyn dan Johan yang terpaksa berjauhan dengan anak sulung kesayangan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menurut Astro Gempak, anak lelaki mereka, Ariq bakal bergelar doktor itu telah berangkat ke luar negara untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Dublin, Ireland kelmarin.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ozlyn turut memuat naik video dan gambar momen anaknya itu bersama keluarga.

Foto kenangan Ozlyn dan keluarga bersama arwah ibunya pada Ramadan lalu.

Coret Ozlyn, anaknya sudah meningkat dewasa namun tetap manja, malah adakalanya masih tidur dengan Johan.

Iklan

“Tak malu dah besar panjang mintak dukung, mintak suap makan, mintak korekkan telinga, mintak potongkan kuku, mandi kalau papa dia ketuk suruh buka pon dia selamber je buka. Tidur ketiak papa lagi… kadang mintak papa buatkan susu sebelum tidur.

“Masih baby di mata papa dan mama.. sekarang baby besar ni dah mula kena berdikari, urus diri sendiri, makan minum semua dah tak ada siapa nak suapkan,” ujarnya.

Ozlyn turut mendoakan semoga ALLAH sentiasa memelihara anaknya itu dan dipermudahkan segala urusan dalam menimba ilmu.

“Ya Allah, peliharalah anak kami Ariq, permudahkanlah segala urusannya, terangkanlah hatinya dalam menimba ilmu, kuatkan imannya dlm beribadah… Cekalkan hatinya dalam menempuh ujianmu dan berkatilah setiap ilmu dan rezeki yang kau berikan aamiin,” ujarnya.

Menjengah ruangan komen, perkongsian tersebut turut dihujani doa dan kata semangat daripada rakan artis serta warga maya.

Iklan

Ujar mereka;

“Good luck and all the best abg Ariq!!! Timbalah ilmu yang mendatangkan faedah yang baik dalam kehidupan.”

“Serius suka cara Johan mendidik anak… Semoga sentiasa bahagia.”

Baca juga Pindah Bali, Nourul Depp, keluarga kini kuarantin di Jakarta, anak sulung tak ikut serta

“Bagusnye Johan dan Ozlynn, layan anak sampai macam tu sekali. Susah nak jumpa yang betul-betul sabar.”

“Semoga Ariq mendapat ilmu yang bermanfaat dunia dan akhirat.”

“Bila kita menyayangi tanpa batasan, kita tak berkira apa pun.. Semoga ALLAH lindungimu wahai anak.”

Selain Ariq, Johan dan Ozlynn turut dikurniakan lima lagi cahaya mata iaitu Sodiq, Haziq, Cantiq, Moleq dan baru menimang seorang lagi cahaya mata pada 3 September lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)