Padah buat live ketika baring, PU Azman mohon maaf

Padah buat live ketika baring, PU Azman mohon maaf
Padah buat live ketika baring, PU Azman mohon maaf
A
A
A

"HAHAHA sorry gaissss. Ni lah padahnya bila live sambil baring. Setengah jam tertido wei."

Begitulah perkongsian penceramah bebas, PU Azman atau nama sebenarnya nama sebenar Azman Syah Alias.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya semalam, PU Azman memohon maaf kepada pengikutnya ekoran beliau tertidur ketika siaran live.

Katanya, akibat live sambil berbaring, setengah jam beliau tertidur.

Lucunya, seorang kenalan terpaksa menghubungi untuk mengejutkannya serta aksi tertidur itu turut tetap ditonton pengikut setianya.

"Sampai ada yang call. Sori @ajimmajid, ustaz silent henset, saya terjaga bila dengar pintu bilik dibuka," kongsinya.

Menerusi posting berkenaan, PU Azman turut sempat bergurau dengan menulis "Setakat yang sweetkapel VC sampai tertidur tu dah boleh duk belakang, meh belajar dengan aku."

Menjengah ruangan komen, pelbagai reaksi oleh pengikut dan rakan selebriti.

elizadsharifuddin - Epik sangat nih.

shieraijoy - Seronok tengok ustaz tidur.

therealfafau - CIKMANNNNNNNNNNN!!!!!

azzaelite - Hahahaadehhhhhh. Tidur pun kami terhibur!

feeyaiskandar - Buat hal lah Vik Man ni.

_amnnzm_ - Uishh Cik Man pun pandai ea temankan fans tidur.

aniisah_rasyidah - Gigih la usaha Cik Man nak memastikan soalan netien dapat dijawab sampai tertidur. Semoga Allah permudahkan urusan Cik Man dan

sentiasa dalam lindunganNya.

Baca juga Shuk Sahar digantung perkhidmatan sebagai penyampai Hot FM

PU Azman turut disapa mesra sebagai Cik Man sangat aktif di laman sosial dan antara individu yang banyak menyampaikan dakwah yang santai.

Namanya juga sangat dikenali warganet apabila banyak menyelitkan elemen lucu dalam dakwahnya.

Sumber: PU Azman

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PU Azman (@puazmanofficial)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca