SEJAK zaman pandemik Covid-19 hingga ke fasa peralihan endemik 1 April lalu, golongan penunggang motosikal khidmat penghantaran makanan (p-hailing) antara wira dan pekerja barisan hadapan yang cukup disanjungi.

Justeru bagi merai Syawal kunjung tiba, Eskayvie bersama dutanya, Datuk Aznil Nawawi berkongsi rezeki bersama 500 orang penunggang p-hailing di ibu pejabat Eskayvie Sdn Bhd di Seksyen 13, Shah Alam pada Jumaat.

Program diberi nama Bingkisan Raya Rider ini satu inisiatif murni syarikat 100 peratus bumiputera itu sebagai tanda penghargaan kepada golongan berkenaan yang melakukan tugas penghantaran sebagai penghantar makanan ataupun bungkusan.

Aznil atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil berkongsi rasa terharu dengan inisiatif dizahirkan Eskayvie yang menghargai dan menyantuni golongan terbabit.

“Melihat kesungguhan dan kegigihan riders dalam usaha menyara keluarga di samping pentingnya penjagaan kesihatan sewaktu berinteraksi dengan orang ramai, Eskayvie mengambil inisiatif ini untuk sama-sama memberikan sokongan dan suntikan semangat kepada mereka.

“Besar harapan kami supaya setiap riders dapat bawa pulang dan kongsikan bersama ahli keluarga atau ibu bapa masing-masing,” katanya yang menyerahkan sumbangan berupa duit raya, juadah raya istimewa serta Eskayvie Diffenz.

Iklan
PAK NIL
Salah seorang penunggang motosikal p-hailing yang mengambil peluang bergambar kenangan bersama Pak Nil.

Tambah Aznil, golongan riders ini sebenarnya menjadi sebahagian daripada pasukan barisan hadapan yang telah banyak membantu memudahkan urusan rakyat Malaysia selama ini.

Iklan

“Bahkan mereka juga antara yang mengambil risiko mempertaruh nyawa demi kelangsungan hidup. Mereka sendiri mudah terdedah kepada pelbagai virus di luar sana.

“Inisiatif ini dilaksanakan selari dengan kempen #KitaIkhtiarSebelumKena yang menekankan kepentingan untuk berikhtiar sebelum dijangkiti sebarang wabak mahupun penyakit merbahaya yang lain,” jelasnya.