Pak Wan datuk Alif Satar, 91 tahun, sudah dibenarkan pulang selepas rawatan Covid-19

Datuk Alif Satar sudah dibenarkan pulang setelah rawatan Covid-19
Datuk Alif Satar sudah dibenarkan pulang setelah rawatan Covid-19
A
A
A

DATUK kepada penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar yang berusia 91 tahun telah dibenarkan keluar hospital pada hari ini.

Alif menerusi perkongsian di Instagram, datuknya, Pak Wan atau nama sebenarnya Mohamad Che Noh yang dirawat di Hospital Sungai Buloh telah boleh pulang kerumah.

"Itulah Pak Wan saya, Covid-19 yang selamat... 91 tahun di dalam kereta dalam perjalanan pulang!

"ALLAH ADALAH HEBAT. ALLAH BESAR. ALLAH BESAR. Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan Pak Wan.

"Semoga Allah SWT membalas jasa baik anda semua!," tulisnya.

Alif turut memaklumkan yang dirinya masih di Melaka.

Datuknya itu telah disahkan positif Covid-19 pada 21 November lalu.

Baca juga Bakal bergelar ibu, Ain Edruce kongsi berita kehamilan

Difahamkan, turut dirawat di Hospital Sungai Buloh ialah ibu, bapa dan adik bongsu Alif yang juga dijangkiti Covid-19 pada 23 November.

Terdahulu, Alif Satar disahkan positif Covid-19 pada 22 November dan kini masih menjalani rawatan di sebuah hospital di Melaka.

Walau bagaimanapun isterinya, Sha Dila Hadid 35, dan anak-anak mereka iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad ‘Ali, 1, bebas daripada virus itu dan masih dalam kuarantin di rumah selama 14 hari.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca