Pakai t-shirt dengan kain batik pun cantik! Penampilan Rita Rudaini raya curi perhatian ramai

HARI raya Aidilfitri memang tidak dapat dipisahkan dengan baju raya baharu.

Biasanya kaum wanita menyiapkan baju yang cantik dan kemas untuk digayakan, malah ada yang berpakat untuk sedondon dengan ahli keluarga.

Tambahan lagi, fesyen terkini memang banyak rekaan menarik dan pelbagai hanya pilih sahaja mana yang berkenan.

Namun lain pula dengan pelakon cantik, Rita Rudaini yang tampil berkongsi foto bersama rakannya dengan hanya mengenakan t-shirt dan kain batik sahaja.

Rita berkongsi gambar terbabit menerusi posting terbaharu di laman Instagram miliknya.

“Lagu tak sesuai dengan I je. I dah tak kuasa nak pakai baju raya. Inilah baju raya I.

“Penatlah nak melaram, cukuplah melaram dalam drama TV je, tu pon I rimas. Tempat i kat sinki dapur je,” tulis Rita.

Walaupun hanya memakai t-shirt dan kain batik tanpa sebarang solekan di wajah, penampilan Rita yang cantik tetap menarik perhatian warga maya yang memberi pujian di ruangan komen.

Baca juga Datang dan jumpa saya, cakap depan-depan – Rita Rudaini berang dituduh anti vaksin

Pakai t-shirt dengan kain batik pun cantik! Penampilan Rita Rudaini raya curi perhatian ramai

“Kak Rita memang cantik sangat-sangat. Ingat dulu pernah beli produk akak kat Shah Alam, jumpa depan-depan tak berkedip mata tengok dengan tingginya. Memang cun natural.”

“Cantik tak ditelan usia. Macam tu je dia daripada saya kecik sampai saya dah beranak 3 ni, dia tetap cantik.”

“Masalahnya pakai macam ni pun cantik!”

“Terpaling cantik adalah yg terpaling simple. Kalau dah lawa, pakai t-shirt pagoda dengan batik pun lawa.”

“Pakaila biasa-biasa pun. Tetap nampak cantik sebab Rita ni memang natural beauty tak jemu mata memandang jenis wajah lembut.”

Sekadar info, Rita menyambut Syawal bersama anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna di rumah keluarganya yang terletak di Perlis.

INFO

15 cara mudah kulit bersih dan cantik;

1. Bagi yang berperang dengan masalah hormon bulanan, cuba kurangkan kadar pengambilan bahan tenusu seperti keju, susu dan makanan bergoreng. Dengan menjaga diet, anda akan dapat melihat perubahan kulit dari masa ke semasa.

2. Elakkan daripada tidur tanpa membersihkan muka yang bermekap atau berminyak. Ia merupakan antara punca kerosakkan kulit.

3. Lakukan senaman secara konsisten setiap hari selama 10-15 minit setiap hari dapat membantu mengeluarkan toksin dalam tubuh dan menghasilkan kulit yang sihat.

4. Amalkan untuk mengguna krim pelindung matahari kerana ia dapat elakkan kedutan dan tanda hitam. Gunakan ia untuk ke pejabat atau ke mana-mana. Bukan setakat ke pantai atau semasa beriadah saja.

5. Minum banyak air. Hidrasi adalah kunci utama kepada kulit yang segar dan sihat. Jika kurang air, ia akan mengundang kulit berjerawat dan pengeluaran minyak walaupun ia kering.

Iklan

6. Tukar sarung bantal setiap minggu. Minyak dari rambut akan melekat pada sarung bantal dan akan serap dalam kulit.

7. Jika mempuyai kulit kering, pilihlah rangkaian produk kulit yang berasaskan minyak.

8. Amalkan scrub untuk sental kulit setiap dua minggu. Tapi, usah gunakan setiap hari kerana kulit boleh menjadi kering dan rosak. Bagi yang mempunyai kulit sensitif pilihlah sabun scrub yang lembut.

9. Amalkan pengambilan minyak kelapa di dalam diet seharian kerana ia dipercayai dapat membantu melembutkan kulit. Minyak kelapa juga boleh dicampurkan dengan soda penaik (baking soda) untuk dijadikan scrub muka.

10. Lengkapkan diet seharian dengan mengamalkan minuman teh hijau asli tanpa gula. Ia kaya dengan bahan antioksidan dan dapat membantu menentang bakteria selain radikal bebas.

Baca juga ‘Cantiknya, tak nampak tua. Awet muda betul.’ Ikut trend viral tiru fesyen anak, gelagat sporting Vanidah Imran raih pujian

rambut

11. Jika mempunyai potongan rambut depan yang menutup dahi, pastikan untuk mencuci rambut setiap hari. Jika rambut kotor, ia akan memudahkan minyak untuk teperangkap di bahagian dahi.

Iklan

12. Usah ikut-ikut trend dan beli apa saja yang baru dilancarkan di pasaran. Penting untuk anda mengetahui jenis kulit anda dan cara merawatnya dengan produk yang bersesuaian.

13. Elak menggunakan bedak asas yang berasaskan minyak kerana ia akan menyekat pori dan menjadi punca jerawat.

14. Percaya atau tidak menurut satu kajian, telefon bimbit mempunyai lebih banyak bakteria berbanding dengan mangkuk tandas! Oleh itu, pastikan untuk rajin membersihkan telefon bimbit kerana kuman boleh melekat pada kulit pipi bila anda menggunakannya.

15. Menggunakan krim malam sebelum tidur dapat membantu menjaga kulit dari dalam kerana sewaktu tidur kulit melalui proses detoksifikasi.

Baca juga Lembapkan kulit, naikkan seri wajah dengan topeng muka Hada Labo Kotojyun Mask

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlusuntuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.