'Tulisnya patuh syariah tapi guna gambar orang sesuka hati'- Alha Alfa

A
A
A

DALAM zaman modenisasi hari ini golongan ‘terdesak’ tegar menipu itu dan ini demi mendapatkan duit.

Bahkan, ada yang sanggup memperdayakan orang ramai dengan  melibatkan agama.

Inilah situasi dialami oleh jurusolek popular, Datuk Alha Alfa yang mana namanya dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab.

alha ALHA menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai iklan yang menggunakan nama dan wajahnya.

Menerusi posting di dalam laman sosial Instagram @alhaalfa, beliau meminta orang ramai khususnya followers supaya tidak mempercayai pihak yang didakwa scammer.

“FAKE!!! (palsu) macam-macam la sekarang ini. Hati-hati. Saya tak faham  la tulisnya PATUH SYARIAH.

“Selepas itu guna gambar orang sesuka hati,” tulisnya.

Alha turut menasihati supaya tidak mudah mempercayai apa yang dipromosikan pihak berkenaan.

alhaaALHA bersama pasukan membantu memberi sumbangan barangan keperluan asas kepada mangsa banjir di Pahang baru-baru ini.

“Kalau orang claim saya belajar dengan mereka kelas marketing, buat pinjaman atau apa jua kelas, tolong jangan percaya.

“Tidak ada! Jangan mudah nak menipu orang lain dengan maklumat-maklumat palsu macam ini ya guys,” tegas beliau.

alha alfaALHA kecewa dirinya terpalit dalam promosi oleh pihak yang menggaut keuntungan menggunakan saluran salah.

Dalam posting sama, Alha juga memuat naik iklan sebuah syarikat yang memaparkan gambar beliau dalam kempen berkenaan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca