Park Shin Hye kini isteri Choi Tae Joon

PARK SHIN HYE KAHWIN
PARK SHIN HYE KAHWIN
A
A
A

PELAKON jelita, Park Shin Hye dan aktor Choi Tae Joon kini rasmi bergelar pasangan suami isteri selepas melangsungkan perkahwinan di sebuah gereja di Seoul, Korea Selatan pada Sabtu.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan agensi yang dinaungi Shin Hye, Salt Entertainment, menerusi satu hantaran beserta muat naik foto hari bahagia pasangan itu di laman Instagram rasmi mereka hari ini.

“Hari ini, pelakon Park Shin Hye akan berkahwin dengan Choi Tae Joon. Terima kasih kepada semua atas sokongan yang diberikan,” tulisnya.

Antara tetamu hadir ke majlis tersebut ialah Ryu Jun Yeol, Seolhyun AOA, Nam Goong Min, Lee Seo Jin, Lee Se Young, Seulong 2AM, Chansung 2PM, Kim Bum dan lain-lain.

Pada November lalu, bintang drama Pinocchio dan The Doctors itu memberi kejutan kepada para peminatnya apabila mengumumkan dirinya sedang hamil dan bakal melangsungkan perkahwinan dengan kekasih hatinya.

Shin Hye, 32, dan kekasihnya Tae Joon, 31, mula menjalinkan hubungan cinta pada penghujung 2017, bagaimanapun mereka hanya mendedahkan hubungan tersebut kepada umum pada Mac 2018.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca