Paru-paru masih belum kuat, Nad Zainal kembali ditidurkan

NAD ZAINAL
NAD ZAINAL
A
A
A

PELAKON Nad Zainal ditidurkan semula beberapa jam selepas dilaporkan mula sedarkan diri dan mampu memegang telefon sendiri pada Jumaat.

Berita itu dikongsikan sendiri rakan baiknya, Ungku Aziz selepas menziarahi Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, yang masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Ampang Puteri.

“Nad Zainal kena ‘intubate’ semula. Hal ini kerana paru-parunya belum cukup kuat untuk dia bernafas sendiri walaupun dengan penggunaan high flow oxygen mask di ICU.

“Disebabkan paras oksigen merosot, pihak hospital mengambil langkah meletakkan Nad dalam keadaan rehat supaya pernafasan lebih terjaga.

“Semalam (Jumaat) dia sudah sedar. Bagaimanapun oksigen mula merosot pada sebelah malam selepas dia tidak lagi direhatkan,” jelasnya.

Bagaimanapun tambah Ungku, tahap kesihatan Nad menunjukkan perkembangan positif dan berada dalam keadaan lebih baik sejak ditahan di hospital tersebut hampir dua minggu lalu.

Terdahulu pada 22 November, media melaporkan pelakon drama Dendam Seorang Isteri itu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan kuman dan paru-paru berdarah.

Beberapa hari lalu, bagi meringankan beban kewangan ditanggung, satu tabung kecemasan ditubuhkan bagi membantu menampung kos perubatan pelakon itu yang hampir mencecah kutipan sebanyak RM70,000.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca