Pasti Tiba jadi taruhan terbaharu Ara Johari

A
A
A

PENYANYI bertubuh genit yang mempunyai suara lunak, Ara Johari kembali dengan single terbaharunya, Pasti Tiba ciptaan komposer ternama, Sharon Paul dan penulis lirik terkenal, Fedtri Yahya.

Menariknya, lagu terbitan Rocketfuel Entertainment itu dipilih sebagai runut bunyi drama 40 episod, Jesnita yang kini ditayangkan di saluran Astro Prima.

Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari yang baharu sahaja selesai dengan showcase A Night With Ara Johari tempoh hari mengakui tidak menyangka akan tampil dengan single baharu dalam masa singkat selepas pelancaran lagu Sumpahan Salju pada Mac lalu.

“Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat peminat yang hadir ketika showcase A Night With Ara Johari tempoh hari dengan memberikan respons yang sangat positif termasuk rakan artis yang turut serta memberikan sokongan.

“Tidak sangka selepas lagu Sumpahan Salju yang lari daripada genre yang biasa saya bawakan, saya diberi peluang untuk membawakan lagu Pasti Tiba.

“Idea di sebalik tercetusnya single ini datang daripada Sharon sendiri kerana pada awalnya saya difahamkan kak Sharon dan abang Fedtri mahukan penyanyi lain tetapi saya dipilih akhirnya.

“Menurut abang Fedtri, lagu ini berkisar tentang seorang kekasih yang setia dan telah memberi sepenuh cintanya, namun tanpa diduga orang yang disayanginya itu dalam diam telah memungkiri janji dan berlaku curang, rasa kecewa dan hilang harapan menyelubungi diri dan dia seakan tidak tahu untuk bertindak.

“Akhirnya, dia berserah kepada Tuhan kerana yakin dengan hikmah-Nya, takdir dan balasan itu hanya milik Yang Maha Kuasa, hanya kesabaran menjadi penguat hati dalam menempuh episod sedih dalam perhubungan yang tidak kesampaian,” jelas Ara yang mendedahkan semua proses rakaman dan penggambaran muzik video berlaku dalam tempoh singkat, iaitu tiga minggu sebelum lagu ini dilancarkan.

[caption id="attachment_97686" align="alignnone" width="800"]Ara kembali dengan single yang menjadi fortenya.[/caption]

Muzik video berbeza

Single pop bernuansa slow ballad ini sememangnya forte Ara dari dahulu lagi dan dia berjaya menjiwai setiap bait liriknya yang pasti menikam kalbu setiap yang mendengarnya, mood suara yang dilontarkan turut menambah rasa sedih seorang kekasih yang pasrah.

“Bagi video muzik pada kali ini, saya hanya melakonkan watak wanita yang telah disakiti dan berasa dikhianati oleh kekasihnya yang berlaku curang, hanya mainan ekspresi di wajah cukup menggambarkan perasaan itu dan saya amat berpuas hati dengan hasilnya.

“Saya berharap agar lagu ini menjadi penguat semangat bagi mereka yang disakiti di luar sana supaya lebih kuat dan tabah dalam mengharungi alam percintaan, dan semoga semua pendengar dapat menerima lagu ini dengan sebaiknya.

“Dan jangan lupa nantikan album penuh saya pada tahun 2023 nanti,” akhiri Ara yang kini turut sibuk merencanakan sesuatu yang besar untuk perniagaannya, Ara Kitchen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ara Johari (@arajohari)

 Lagu Pasti Tiba boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Video muzik single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca