Patuhi SOP, Aktiviti penggambaran dibenarkan dalam kawasan PKPB

Shooting Drama Melayu
Shooting Drama Melayu
A
A
A

SYARIKAT produksi dan penggiat seni mampu menarik nafas lega apabila tiada larangan untuk aktiviti penggambaran dijalankan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berkuat kuasa pada Rabu hingga 27 Oktober ini.

Bagaimanapun kebenaran tersebut tertakluk kepada syarat dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dalam satu kenyataan kepada media berkata, syarikat produksi terbabit bagaimana pun perlu mematuhi semua garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ia meliputi protokol pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan dan nyah kuman premis, penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan pekerja serta tindak balas kecemasan.

“Semua syarikat produksi yang ingin menjalankan penggambaran melibatkan rentas daerah perlulah memohon kebenaran daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui permohonan atas talian bagi tujuan tersebut.

“Finas berharap agar semua syarikat produksi dapat membiasakan diri dengan amalan norma baharu dan mengelakkan sebarang aktiviti penggambaran di kawasan yang diklasifikasikan sebagai Zon Merah,” ujarnya.

Terdahulu sebelum itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan keputusan Sidang Khas MKN pada 12 Oktober lalu yang menetapkan pelaksanaan pelaksanaan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa dari 14 hingga 27 Oktober depan.

Tindakan tersebut diambil berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19 di kawasan berkenaan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca