'Patut lahir hari ini sama Ummi', Muhammad Bilal hadiah istimewa Neelofa
TANGGAL 10 Februari merupakan tarikh ulang tahun kelahiran pelakon dan pengacara popular iaitu Noor Neelofa.
Rata-rata rakan artis dan peminat tidak putus-putus memberi ucapan dan mendoakan yang terbaik buat selebriti kesukaan mereka ini.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Dalam menyambut ulang tahun kelahiran ke-33 hari ini, isteri kepada PU Riz atau Haris Ismail itu berkongsi tentang permata hati pertamanya.
Ujarnya, anak lelaki bernama Muhammad Bilal itu sepatutnya jangkaan tarikh bersalin pada hari ini.
"Permata hati kurniaan ALLAH ini sepatutnya lahir juga pada hari yang sama dengan Ummi dia, tapi aturan dan waktu yang ALLAH susun itu jauh lebih baik."Hadiah teristimewa buatku, menjadikanku seorang ibu... semoga Muhammad Bilal dibesarkan menjadi anak soleh, permata keluarga yang sentiasa menguatkan kasih sayang dan hubungan dengan ALLAH SWT. Harta dunia akhirat Abah dan Ummi," coretnya di Instagram sebentar tadi.
Baca juga "Lebih kurang period pain je"- 14 jam kontraksi, Neelofa kongsi detik lahirkan Bilal
Sementara itu, ibu bekas pengacara Meletop iaitu Noor Kartini juga tidak lepaskan peluang menitip ucapan istimewa buat puteri kesayangannya itu.
"Happy Birthday anakku sayang @neelofa, Ya Allah terima kasih atas anugerahmu ini, yang telah memberikanku satu kenikmatan hidup yang tidak pernah terfikir dek akal. Alhamdulillah syukur Ya Allah, semoga segala asbab dari karunia ini Allah ganjarkan dengan nikmat yang luar biasa untuk mu wahai anakku, dengan segala kebaikkanmu Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhiratmu."Dengan ketaatanmu Allah buka segala pintu-pintu rahmatnya untukmu, dengan ketaatanmu Allah sentiasa meredhaimu, kerana mama setiap detik dan setiap saat meredhaimu dan mendoakan keberkatan untuk mu wahai anakku.
"Moga Allah panjangkan usiamu dgn kesihatan yang afiyah dan rezeki yang barokah dan sentiasa dalam kecukupan. Moga dengan kehadiran Bilal dalam hidupmu lebih menambahkan keserian dan kebahagiaan hingga ke Syurga, love you Ummi Bilal sayang," coretnya di Instagram.
Baca juga Neelofa kongsi foto kamar anak, peminat teruja untuk lihat wajah Bilal
Neelofa dan Haris selamat bernikah pada 27 Mac 2021.
Empat bulan selepas berkahwin, ketika berita mengenai kehamilannya hangat diperkatakan umum, usahawan itu memilih untuk tidak berkongsi lanjut dan berpendapat lebih baik berkongsi tentang kelahiran.
Neelofa dan Haris dikurniakan seorang bayi lelaki bernama Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022 yang kini berusia 12 hari.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang