DALAM satu-satu majlis anugerah, sudah tentu penampilan dan fesyen artis menjadi bualan ramai.

Menariknya, antara yang paling mencuri perhatian adalah gaun cantik kembang yang digayakan oleh Wany Hasrita baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, pemenang kategori Penyanyi Wanita Paling Popular itu memberitahu busana yang direka oleh Wan & Mary itu menggunakan 100 meter kain pada skirt.

Ramai yang memuji penampilan Wany yang tetap tampil sopan.

Malah, ramai juga yang suka gaya tudung menutup dada yang dipakai oleh Wany serta tetap menjaga imejnya sebagai wanita muslimah.

Kata mereka;

anis_ibrahim89 – Skirt patuh SOP. Pakai skirt ni confirm boleh jaga jarak.

athirayuhada – Mcm cotton candy!

Syidah.jo – Aaaaaa cantik terukkkk!

eyffa.haliesya – Pretty as always!!! look stunning.

najwalahman01 – Cantik sangat kak wany semalam mcm bidadari. Apapun congrats!

izzarazulfah_ – Kak Wany so beautiful. Cantik sangat baju ❤❤

seriirwarnatari – Im sooooooo in love with your skirt !!!

Namun katanya, dia juga sudah bersedia dengan segala kritikan dan kecaman yang bakal diterima.

“Sejujurnya saya sudah bersedia dari segi mental untuk orang bercakap mengenai baju ini. Jadi, saya okay saja.

Iklan

“Lagi-lagi tudung itu memang sengaja begitu. Kalau lilit leher nampak dada dan orang mengata pula. Jadi, buat saja yang penting kita selesa dan masih menutup apa perlu ditutup.

“Sebenarnya tak ada nak terasa hati langsung apabila orang berkata mengenai baju. Sebab saya memang sedia maklum pemilihan baju kali ini adalah berbeza dari sebelum ini,” katanya kepada sebuah portal.

Iklan

Gambar yang dimuat naik Wany di Instagram dengan menggayakan busana itu turut mendapat lebih 90,000 tanda suka dan lebih 790 komen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WH (@wanyhasrita)