PENGACARA Iesya Toh berkongsi kesedihan selepas pemergian bapa mertuanya, Muhamad Sulaiman yang meninggal dunia dua hari lalu.

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Iesya berkata, belum pun hilang kedukaan pemergian bapa kandungnya, Allahyarham Sanny Toh Abdullah dua tahun lalu, dia kini kehilangan bapa mertuanya pula.

“Walaupun cucu-cucu Abah meriah, tapi bacaan mengaji Abah tetap jelas kami dengar, kenapa hari ni Iesya dengar Abah? Tapi sayup saja.

“Pedih kehilangan Abah sendiri belum hilang, baru bermanja dengan Abah mertua, ALLAH ambil pula. Redha abah, sangat redha. Apatah lagi nampak abah senyum lebar.

Iklan

“Abah tenang di sana ya, Abah teruskan senyuman itu sampai saat kita berjumpa semula, soal Mama, kami semua akan terus membahagiakan, walau tak sama macam Abah belai Mama,” luahnya.

Iklan

https://www.instagram.com/p/CElD9YblnVB/?utm_source=ig_web_copy_link