Pelakon Abu Bakar Juah meninggal dunia

Untitled design (1)
Untitled design (1)
A
A
A

PELAKON veteran, Abu Bakar Juah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.35 petang tadi selepas beberapa bulan menderita akibat kanser hati.

Berita sedih itu dikongsikan oleh pelakon Den Wahab menerusi akaun Facebook miliknya sebentar tadi. 

Difahamkan Allahyarham meninggal dunia di sisi isteri, Rusidah Mohd Yassin dan empat anaknya di kediaman mereka di Alam Damai, Cheras.

Aktor berasal dari Taiping, Perak itu mula disahkan penyakit kanser hati sejak 2016. Bagaimanapun selepas menjalani 12 pusingan kimoterapi, doktor mengesahkan pelakon Senjakala itu bebas cengkaman kanser.

Selepas disahkan bebas kanser, arwah mengamalkan cara hidup sihat dengan mengambil pemakanan berkhasiat dan bersenam.

Namun pada awal tahun ini, doktor mengesahkan kanser tersebut kembali agresif dan sudah merebak ke hati.

Abu Bakar Juah mendirikan rumah tangga dengan Rusidah Mohd Yassin sejak 1980 meninggalkan seorang balu, empat anak dan seorang cucu. Drama terakhir lakonannya Mr Grey pada 2018.

Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Alam Damai kira-kira jam 10 pagi, Ahad.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca