Pelakon era 1970an, Anita Jaafar meninggal dunia

ANITA JAAFAR MENINGGAL DUNIA - PELAKON
ANITA JAAFAR MENINGGAL DUNIA - PELAKON
A
A
A

PELAKON yang mencipta nama pada era 1970an, Anita Jaafar meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), akibat jangkitan kuman dalam badan pada pagi Rabu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 71 tahun di sisi anak-anak dan ahli keluarga lain.

Difahamkan bintang veteran itu dimasukkan ke hospital pada November lalu disebabkan batu dalam hempedu pecah sehingga kuman merebak ke seluruh badan. Beliau dirawat di unit rawatan rapi dan tidak sedarkan diri sepanjang berada di hospital.

Ketika hayatanya, Allahyarham Anita pernah membintangi filem Detik 12 Malam, Malaysia 5, Penyamun Si Bongkok, Boneka Permata, Kelana, Semambu Kuning dan sebuah filem seram terbitan produksi Itali yang berjudul The Last Cannibal World pada tahun 1977.

Allahyarham meninggalkan sembilan cahaya mata, 13 cucu dan seorang cicit.

(FOTO: Facebook Finas)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca