Pelakon Indonesia Marco Panari meninggal dunia

Marco Panari
Marco Panari
A
A
A

PELAKON Indonesia, Marco Panari dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak, di Jakarta pada malam Sabtu.

Mengikut laporam media tempatan, Marco, 24, menghembuskan nafas terkahir ketika dalam perjalanan ke hospital.

Menurut pengurusnya, Agung Saputra, mendiang tidak mempunyai sebarang penyakit serius dan pemergiannya itu mengejutkan keluarga dan rakan-rakan terdekat termasuk pengurusannya sendiri.

“Kita belum tahu punca yang paling pasti, tetapi hasil bedah siasat awal doktor mengatakan dia seperti tersedak.

“Marco memang tidak mempunyai apa-apa penyakit. Malah tidak ada juga simpton Covid-19,” ujarnya.

Hantaran terakhir Marco di laman Instagramnya pada 16 Januari lalu turut dihujani dengan pelbagai komen daripada peminat dan pengikut yang rata-ratanya turut terkejut dengan berita duka itu.

Marco memulakan kerjaya seninya pada tahun 2016 sebagai model dan kemudiannya mengikuti jejak langkah kakaknya, Angela Gilsha, berlakon sinetron.

Mendiang selamat disemadikan di Bali pada Ahad.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca