Pelakon Ridzuan Hashim meninggal dunia

IMG_0375
IMG_0375
A
A
A

PELAKON terkenal, Ridzuan Hashim meninggal dunia pada jam1.57 petang tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Berita pemergian pelakon yang berusia 62 tahun itu turut disahkan bekas isterinya yang juga pelakon Didie Alias menerusi akaun Instagram miliknya.

"Saya nak maklumkan pada yang mengenali bekas suami saya, Mohd Ridzuan Bin Hashim, beliau telah kembali ke rahmahtullah tadi.

"Pada sesiapa yang ingin menziarah, beliau masih berada di HKL. Saya akan maklumkan di mana akan dikebumikan.

"Sekiranya beliau ada berhutang, boleh hubungi saya. Maafkan beliau," katanya yang tidak dapat menahan sebak.

Sementara itu, anak saudara Allahyarham yang juga pelakon Iman Zulkarnain memaklumkan Ridzuan rebah ketika sedang bersarapan di rumahnya.

"Bapa saudara saya tiba-tiba rebah ketika sedang bersarapan dan anaknya membawa ke hospital sebelum disahkan telah meninggal dunia.

"Keluarga sedang menguruskan hal pengebumian," ujarnya menerusi aplikasi WhatsApp.

Allahyarham mula mencipta nama sebagai peragawan terkenal menerusi pentas peragaan dan iklan komersial sebelum terbabit dalam bidang lakonan.

Antara filem lakonannya adalah Antara Dua Hati, Hati Bukan Kristal, KL Gangster dan beberapa buah filem lain.

Allahyarham berkahwin dengan Didie Alias pada 1991 dan berpisah pada 2002. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang anak.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca