PELAKON siri popular Hometown Cha Cha Cha, Kim Seon Ho telah membuat permintaan maaf berkaitan skandalnya yang hangat diperkatakan kini.

Beberapa hari lalu, bekas teman wanita Seon Ho melalui sebuah entri di forum mengatakan aktor bermula dengan huruf ‘K’ pernah menjadi teman lelakinya pada tahun 2020 telah meminta menggugurkan kandungan selepas mengetahui dia hamil.

Lapor Allkpop, wanita yang dikenali sebagai ‘A’ itu telah disahkan doktor mengalami rahim yang lemah. Doktor mengatakan agak sukar untuk dia hamil lagi jika kandungan tersebut digugurkan.

Seon Ho dikatakan berjanji untuk berkahwin dengannya dua tahun lagi. Pun begitu, wanita itu sehingga kini hanya menerima 2 juta won sahaja bagi membayar prosedur pengguguran bernilai 900 juta won.

Lebih menyedihkan apabila selepas insiden tersebut, ‘A’ mendakwa pelakon tersebut tidak mengendahkannya dan berpisah.

Setelah tiga hari isu ini tular, Seon Ho akhirnya ‘membuka mulut.’

Dalam kenyataannya, dia menyesal atas tindakannya pada masa lalu dan mengecewakan peminatnya.

“Ini adalah Kim Seon Ho.

“Saya mohon maaf atas kelewatan kenyataan saya.

“Tak lama dulu, setelah artikel mengenai kepada saya disiarkan, saya mengalami ketakutan untuk pertama kalinya, dan akhirnya saya dapat menulis sesuatu.

“Pertama sekali, saya ingin meminta maaf dengan tulus kepada mereka melalui catatan ini. Saya meminta maaf kerana mengecewakan semua orang yang mempercayai dan menyokong saya.

“Kerana sokongan anda saya dapat berdiri di sini sebagai pelakon Kim Seon Ho, tetapi saya terlupa akan hal itu. Saya minta maaf kerana menimbulkan masalah kepada ramai orang yang pernah saya bekerjasama kerana kekurangan saya.

“Saya ingin meminta maaf dengan tulus kepada semua yang telah saya lukai. Saya tahu bahawa tulisan saya tidak akan sampai ke hati semua orang, tetapi saya meluahkan perasaan dan keikhlasan saya seperti ini. Saya sangat menyesal,” titip Seon Ho.

Agensinya, SALT Entertainment juga telah berkongsi pernyataan yang meminta maaf atas skandal tersebut.

Iklan

“Helo, ini SALT Entertainment.

“Kami meminta maaf kerana menimbulkan tanda tanya kepada pelbagai pihak mengenai urusan peribadi Kim Seon Ho.Kami meminta maaf mereka yang kecewa atau terluka dengan kejadian ini.

“Sekali lagi, kami mohon maaf kerana menimbulkan kebimbangan kerana perkara negatif,” katanya.

SALT Entertainment sebelum ini berkongsi bahawa kenyataan akan segera dikeluarkan. Sebelumnya, dilaporkan bahawa kontrak Kim Seon Ho dengan SALT Entertainment akan berakhir pada bulan September, tetapi ia disambung untuk jangka waktu pendek kerana Hometown Cha-Cha-Cha.

Iklan

Dalam pada itu, Kim Seon Ho dilaporkan akan meninggalkan variety show KBS2 “2 Days & 1 Night Season 4” susulan kontroversinya ini.

Difahamkan juga beberapa jenama yang menjadikan Kim Seon Ho sebagai jurucakap telah mengeluarkan pelakon itu dari saluran rasmi mereka.

Domino’s Pizza telah mengeluarkan gambar Kim Seon Ho dari laman web dan media sosial rasmi mereka sejak 18 Oktober, ketika khabar angin itu mula tersebar. Platform e-commerce 11Street, jenama pakaian luar Nau, jenama penjagaan kulit La Roche-Posay, dan banyak lagi juga mengikutinya pada 20 Oktober.

Pelakon utama Hometown Cha Cha Cha berusia 35 tahun itu terdahulu popular dengan drama Start-Up di samping Bae Suzy dan 100 Days My Prince bersama DO dan aktres Nam Ji-hyun

Sumber: Korea Boo, Soompi, AllKpop