PELAKON veteran, Idris Mat Diah, 61, meninggal dunia sekitar jam 2.30 pagi tadi di kediamannya di Persint 9, Putrajaya.

Menurut anak Allahyarham, Alia, bapanya didapati tidak sedarkan diri sekitar jam dua pagi tadi sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak pasukan perubatan setengah jam kemudian.

“Sejak dua tiga hari lalu, arwah tiada selera makan, sebelum tidak sedarkan diri pada jam 2 pagi tadi,” katanya.

Dalam pada itu, Alia juga turut memaklumkan agar kenalan bapanya untuk menghubungi pihak waris, sekiranya arwah ada berhutang.

“Saya mohon jika ada ayah ada hutang sesiapa untuk hubungi saya,” ujarnya.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumah mereka di Kepong dan diuruskan di Masjid Al-Faizin, Kepong sebelum dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Kepong.

Iklan

Sepanjang penglibatannya dalam bidang seni, Allahyarham cukup dikenali menerusi drama TV dan sering memegang watak sebagai bapa yang penyayang.

Antara drama lakonannya ialah 7 Hari Mencintaiku, Menantu Bilal, Cucu Tauke Beras, Andainya Takdir, Zahir Tak Terucap dan lain-lain.

Iklan

 

(SUMBER: Seniman)