Pemergian Siti Sarah terus raih perhatian media luar

A
A
A

PEMERGIAN Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, 37, terus meraih perhatian media antarabangsa.

Selepas kisahnya disiarkan BBC dan portal hiburan, People, terbaharu platfrom hiburan, gaya hidup dan budaya pop gergasi dunia, E! News turut menyiarkan berita kematian penyanyi popular itu menerusi artikel 'Malaysian singer Siti Sarah Raissuddin dies of Coronavirus after giving birth’ (Penyanyi Malaysia Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia selepas melahirkan anak akibat COVID-19).

Paparan berita itu dan pautannya turut dikongsi di akaun rasmi Instagram (IG), E! News yang mempunyai lebih 17 juta pengikut, malam tadi.

Beberapa pengikut portal itu turut tersentuh dengan kisah pemergian Allahyarham akibat Covid-19, biarpun tidak mengenalinya.

Pemergian Siti Sarah mendapat liputan media di luar negara.

Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, akibat Covid-19, pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu.

Jenazah Allahyarham kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, kira-kira jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.

Allahyarham Siti Sarah meninggalkan suami, Shuib dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan pada 6 Ogos lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca