PENGURUS Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau mesra disapa DJ Lin kini tampil dengan imej bertudung.

Menerusi laman sosial, DJ Lin dilihat berkongsi beberapa foto berhijab sejak pulang dari mengerjakan umrah baru-baru ini.

“Ikhlas itu daripada hati. ️Tulus itu suci tak terperi. Biar sebisa apa pun kata nista namun ALLAH lebih mengetahui.

“Suatu masa akan terserlah segala, insya-ALLAH semuanya pasti akan baik baik saja. Doakan #djlin moga terus istiqamah,” kongsinya menerusi Instagram.

Baca juga: Penampilan Syafinaz Selamat pakai tudung buat ramai teruja, ini cara berhijab jelita ikut bentuk muka

Baca juga: “Kalau orang nak pergi, dah tak ada hati, jangan dihalang..” – DJ Lin

Warganet rata-rata teruja dengan perkembangan terbaru wanita yang terkenal dengan rancangan radio Suria Cinta itu.

-“Terkedu lihat DJ Lin, semoga terus istiqamah Kak Lin.

-“Alhamdulillah DJ kesayangan dengan penampilan baru. Moga istiqamah Kak Lin sayang.”

-“Berseri seri ayu wajah DJ Lin favourite akak ni.”

-“Masya-ALLAH, makin ayu cantik, sejuk mata memandang DJ kesayangan ramai ni.”

-“Masya-ALLAH, cantiknya DJ Lin. Berseri-seri selepas balik dari umrah. Moga terus kekal istiqamah.”

-“Kak Lin paling manis berhijab.”

-“Ya ALLAH, serius DJ Lin nampak manis dan cantik sangat. Semoga istiqamah, insya-ALLAH dipermudahkan.”

Pada Jun 2022, ibu kepada dua cahaya mata itu kehilangan emaknya, Puteh Jantan akibat komplikasi bengkak jantung dan air memenuhi badan terutama paru-paru susulan kegagalan buah pinggang.

Mac lalu beliau sekali lagi kehilangan orang tersayang apabila abangnya, Mohd Yusof Abd Majid, 59, meninggal dunia akibat masalah pernafasan.

Baca juga: Eleena Sui pilih untuk berhijab penuh, tekad mahu terus kekal istiqamah. Ini cerita pilu di sebalik penghijrahannya

Cara pilih tudung agar tampak cantik

1) Pilih yang sesuai dengan bentuk muka

Iklan

Pastikan anda memilih tudung yang sama saiz dan sesuai dengan bentuk muka anda. Jika kena dengan bentuk muka, ia kelihatan cantik dan terletak.

2) Kain yang senang dibentuk

Pakai tudung yang senang untuk dibentuk, seeloknya jenis kapas dan bawal. Anda akan rasa lebih selesa dan tampak kemas. Sebaik-baiknya tudung itu sepadan digayakan dengan baju anda sama ada kasual ataupun tidak rasmi.

3) Elak warna kusam

Bagi mengelak anda tampak lebih berusia, elakkan daripada memilih warna tudung yang gelap dan kusam. Pilihlah warna yang terang yang mampu membuatkan anda nampak ceria.

4) Jangan pakai tudung dan baju daripada warna yang sama

Cuba elakkan daripada memakai tudung dan baju dengan warna yang sedondon. Anda kena bijak bermain dengan warna agar penampilan anda menonjol dan berbeza.

Iklan

5) Pilih tanpa corak

Sebenarnya anda kelihatan lebih ceria jika menggayakan tudung kosong dengan warna cerah seperti oren, kuning, merah jambu, biru dan sebagainya. Tudung tanpa corak juga sepadan digayakan dengan pakaian anda yang bercorak. Kalau dua-dua bercorak, nanti nampak berserabut.

Selamat mencuba ya!

Baca juga: [7 FOTO] Manis bertudung litup, Sultanah Nur Diana Petra anggun rai hari keputeraan suami, terima darjah kebesaran

Sumber: Instagram DJ Lin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.