Pencarian peserta ICSYVMY musim keempat kini bermula

ICSYVM - SinarPlus
ICSYVM - SinarPlus
A
A
A

PROGRAM muzik misteri, I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) yang diadaptasikan daripada program popular Korea Selatan, bakal kembali untuk musim yang keempat pada tahun 2021.

Penangan hebat ICSYVMY telah membuka peluang kepada orang ramai untuk menunjukkan bakat dan sama-sama menghiburkan penonton dengan gaya tersendiri.

ICSYVMY musim ketiga yang bersiaran sebanyak 21 episod pernah mencecah 5.5 juta penonton, selain mencatatkan kadar tontonan TV secara purata pada 3.1 juta penonton dan mengumpul 55 juta tontonan digital pada keseluruhannya.

Penyertaan ICSYVMY4 kali ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas. Tidak kira untuk seorang penyanyi atau penyamar, mereka yang ingin menyertai program tersebut perlu menghantar rakaman video ke www.xtra.com.my/icsyvmy bermula pada 14 Disember lalu hingga 3 Januari depan.

 

(FOTO: TV3)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca