PENGACARA program game show terkenal, Who Wants to be a Millionaire, Regis Philbin meninggal dunia akibat sakit tua di Amerika Syarikat pada Jumaat lalu.

Philbin menghembuskan nafas terakhir pada usia 88 tahun, sebelum sempat meraikan ulangtahun kelahirannya yang ke-89, bulan depan.

Ketika hayatnya, Philbin cukup dikenali sebagai seorang pengacara yang cukup berkarisma dan mempunyai gayanya yang tersendiri selama lebih 60 tahun dalam dunia pengacaraan.

Selain Who Wants to be a Millionaire yang menaikkan namanya, Philbin juga merupakan hos program bual bicara pagi, Live! With Regis and Kathie Lee dari tahun 1985 sehingga 2000. Manakala pada tahun 2001 sehingga 2011 pula menyaksikan gandingannya bersama Kathie Ripa dalam program yang sama.

Iklan

Atas pencapaiannya dalam bidang tersebut, pengacara itu juga pernah menerima anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Anugerah Emmy.

Iklan

Philbin meninggalkan seorang isteri, Joy Senese dan tiga anak perempuan iaitu JJ Phibin, Joanna Philbin dan Amy Philbin.