Pengantin Satu Malam hangat di pelantar digital iQIYI

Drama Pengantin Satu Malam
Drama Pengantin Satu Malam
A
A
A

SEBUAH lagi drama hasil adaptasi daripada novel, Pengantin Satu Malam yang mula disiarkan di slot Akasia, TV3 sejak 18 Ogos lalu, mendapat sambutan ramai dan hangat diperkatakan.

Tidak hanya di kaca TV, tetapi drama arahan Eoo Shuhaini itu turut mendapat sambutan di laman web dan aplikasi iQIYI iaitu sebuah syarikat gergasi perkhidmatan hiburan dalam talian di China.

Drama tersebut turut disiarkan di iQIYI selepas satu jam tayangan perdana yang disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam, di TV3.

Sebanyak 28 episod drama Pengantin Satu Malam yang akan ditayangkan secara eksklusif di laman web tersebut adalah hasil persetujuan perkongsian kandungan enam drama secara secara eksklusif di iQIYI yang dimeterai antara penerbit dan pengedar kandungan tempatan terbesar di Malaysia iaitu Primeworks Studios dan iQIYI.

Melalui persetujuan ini, kesemua episod drama yag terpilih itu dapat ditonton secara eksklusif dan percuma  menerusi laman iQIYI di www. iQ.com dan di aplikasi iQIYI.

Pengantin Satu Malam dibintangi barisan pelakon yang terdiri daripada Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar dan Afifah Nasir, Mustapha Kamal, Edika Yusof, Sharifah Shahora, Farisha Irwayu dan Norish Karman.

 

(FOTO: Primeworks Studios)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca