Pengarah Tragedi Oktober, Yusof Kelana meninggal dunia

Untitled design (3)
Untitled design (3)
A
A
A

PENGARAH dan penerbit veteran, Yusof Kelana, 66, yang disahkan menghidap kanser kulit tahap empat meninggal dunia di kediamannya di Taman Melawati, Hulu Klang jam 9.30 pagi, hari ini.

Menurut isteri Allahyarham, Nur Maynah, suaminya menghembuskan nafas terakhir ketika dia dan anak-anak sedang membacakan surah Yasin.

Katanya, Allahyarham juga berada dalam keadaan baik kelmarin tetapi kelihatan lemah secara tiba-tiba hari ini.

"Arwah berada dalam keadaan sedar, cuma dia diam dan tak bergerak sebelum meninggal dunia. Saya panggil anak-anak untuk membaca Yasin. Saya juga sempat bisik ke telinganya dengan menyebut kalimah Lailahaillallah.

"Arwah dijangka dikebumikan selepas solat Asar hari ini, namun belum dipastikan lokasi pengebumian," katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Sebelum ini, Yusof yang juga pengarah Tragedi Oktober disahkan menghidap kanser kulit tahap empat dan pernah mendapatkan rawatan di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya.

Yusof yang disahkan menghidap kanser pada Julai lalu, mulanya menyangka luka pada tapak kakinya hanya kecederaan biasa.

Disebabkan tidak mempunyai sejarah penyakit kencing manis, pihak hospital bertindak melakukan ujian Computed Tomography atau CT Scan dan menemui sel kanser yang sudah berada pada tahap empat.

Semasa hayatnya, Allahyarham pernah mengarahkan filem Bahaya Cinta dan menerbitkan Bidong: The Boat People. Arwah juga merupakan pengarah drama bersiri popular, Gerak Khas

SUMBER : HARIAN METRO

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca