CARTOON Network terus menyajikan pelbagai program menarik buat peminat siri animasi di saluran 615.

Terbaru saluran itu tampil dengan animasi sebuah pengembaraan galaksi luar biasa menerusi siri Elliott From Earth, yang bakal menemui penonton pada Sabtu, 24 April ini, jam 10.30 pagi.

Animasi tersebut mengisahkan tentang Elliott dan ibunya Frankie yang mendapati diri mereka berada dalam perjalanan yang tidak dijangka melintasi alam semesta.

Sepanjang perjalanan, Elliott bertemu Mo, dinosaur yang kemudiannya menjadi sahabat dan tinggal bersama Elliott di kediaman baharunya di Centrium, tempat menarik yang dipenuhi makhluk asing comel dan kosmik yang hidup harmoni.

Biarpun merupakan pendatang baharu dari bumi, mereka sentiasa dilayan baik dan diberi pertolongan.

Dalam pada mereka berusaha menjalani kehidupan baharu untuk diri mereka sendiri, mereka juga berkawan dengan makhluk asing Nara, Preston, Lord Kallous dan ramai lagi.

Saksikan bagaimana Elliott dan Frankie dengan pertolongan Mo, belajar tentang kehidupan di angkasa sementelah mereka berusaha untuk mengetahui mengapa mereka dibawa ke sana.

Elliott From Earth bakal memulakan siaran pada 24 April ini dan tayangan perdana episod baharu setiap hujung minggu pada masa yang sama.

Siri animasi terbaharu Cartoon Network itu dihasilkan oleh pasukan produksi sama dengan animasi The Amazing World of Gumball yang boleh distrim di HBO GO.

Iklan
Ikuti pengembaraan luar biasa Elliott dan ibunya merentasi galaksi.

Tiga karakter utama Elliott From Earth

Elliott mudah menyesuaikan diri dengan semua pengalaman baharu berkat pengalaman awal dia berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Paling menarik adalah dia tidak pernah merasa seperti di rumah sendiri, sehinggalah dia mendapati dirinya di ruang angkasa.

Frankie iaitu ibu Elliott ialah seorang yang penuh logik mempercayai pendekatan saintifik. Namun, walaupun perkara-perkara sukar untuk dijelaskan, dia tidak ragu-ragu dengan cintanya dan menjaga Elliott. Malah dia sanggup pergi sehingga ke hujung bumi dan ke mana-mana sahaja asalkan bersama anaknya.

Iklan

Mo adalah stegosaurus dan dia telah berada di angkasa tanpa ingatan bagaimana dia sampai di sana. Apa yang dia tahu hanyalah berada di biosfer Centrium 11-38 selama dia mampu ingat. Menjadi sahabat Elliott bermaksud dia akhirnya menemui keluarga sendiri.

 

(FOTO: Cartoon Network)