Penggambaran Jurassic World: Dominion ditangguhkan

A
A
A

PENGGAMBARAN filem trilogi Jurassic World, iaitu Jurassic World: Dominion, terpaksa ditangguhkan selama dua minggu selepas beberapa kru disahkan positif Covid-19.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengarah filem berkenaan, Colin Trevorrow menerusi hantaran di akaun Twitter miliknya.

"Bangun pagi dengan berita beberapa orang disahkan positif ujian Coronavirus di set penggambaran Jurassic World : Dominion. Bagaimanapun ujian selanjutnya selepas itu mendapati semua negatif.

"Demi mengikuti protokol keselamatan, penggambaran akan ditangguhkan dua minggu. Akan kembali semula," tulisnya.

COLIN TREVORROWHantaran yang dibuat oleh Colin menerusi akaun Twitter miliknya.

Penggambaran filem ketiga ini sudah pun bermula semenjak  Februari lalu di Vancouver, Kanada dan kemudian bersambung di United Kingdom sebelum dihentikan akibat penularan Covid-19.

Difahamkan penggambaran trilogi Jurassic World itu hanya berbaki tiga minggu lagi dan filem yang sepatutnya menemui penonton pada Jun 2021 itu akan ditunda tayangannya pada Jun 2022.

CHRIS PRATT-BRYCE DALLASChris Pratt dan Bryce Dallas Howard akan kembali sebagai Owen dan Claire dari Jurassic World.

Filem kali ini akan menampilkan beberapa muka baharu dan lama, termasuk pelakon dari filem asal Jurassic Park seperti Sam Neill dan Laura Dern.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca