Penggambaran ketika PKPB, Finas beri insentif Saringan Prihatin

Shooting PKPB
Shooting PKPB
A
A
A

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) tampil melaksanakan insentif Saringan Prihatin kepada syarikat produksi yang melakukan ujian swab Covid-19 ke atas kru-kru produksi dan barisan artis yang menjalankan aktiviti penggambaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 hingga 27 Oktober ini.

Pengerusinya, Zakaria Abdul Hamid dalam satu kenyataan berkata, insentif tersebut sebagai tanda prihatin Finas terhadap para pengkarya seni terlibat.

“Tujuan utama inisiatif tersebut dilaksanakan adalah bagi memastikan keselamatan dan kesihatan kru-kru produksi dan barisan artis sentiasa terjamin di lokasi penggambaran.

“Langkah tersebut juga diharapkan dapat mengekang penularan wabak Covid-19 daripada terus berleluasa,” katanya.

Bagaimanapun insentif tersebut tertakluk kepada beberapa terma yang ditetapkan di mana syarikat produksi terbabit menjalankan aktiviti penggambaran dalam tempoh PKPB iaitu pada 14 hingga 27 Oktober sahaja.

Tuntutan insentif tersebut juga hanya daripada syarikat produksi yang berdaftar di bawah Finas sahaja dengan kadar maksimum bagi tuntutan insentif tersebut berjumlah RM5,000 bagi setiap syarikat produksi

Kos saringan ujian swab tersebut juga hendaklah ditanggung terlebih dahulu oleh syarikat produksi dan perlu mengemukakan dokumen tuntutan kepada Finas.

Dalam pada itu, ujian tersebut hanya boleh dilakukan melalui Pakej Khas Finas di klinik panel berdaftar iaitu Megaklinik Zahran, Bandar Baru Bangi sahaja dan pihak Megaklinik Zahran juga boleh menjalankan ujian saringan di lokasi penggambaran yang dipersetujui.

Menerusi bantuan insentif yang disalurkan itu, Finas berharap dapat meringankan beban terhadap syarikat produksi yang menjalankan aktiviti penggambaran dalam tempoh PKPB.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca