Penggunaan pelitup muka, Izzue Islam mahu terus beri kesedaran pada orang ramai

Izzue Islam
Izzue Islam
A
A
A

PELAKON Izzue Islam mengajak orang ramai untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutamanya penggunaan pelitup muka ketika berada di luar rumah.

Menurut Izzue, 31, yang juga merupakan duta pelitup muka jenama Neutrovis, dia menggunakan suara dan laman media sosial miliknya untuk meningkatkan kesedaran orang ramai agar sentiasa menjaga keselamatan mereka di saat pandemik Covid-19 masih belum menunjukkan tanda reda.

“Bagi saya, dalam norma baru ini, pelitup muka sangat penting dalam kehidupan seharian.

“Sama-sama kita lindungi diri dan keluarga tersayang,” ujar Izzue.

Dalam pada itu, pelakon drama Tercipta Satu Ikatan itu, bersama Pengarah Urusan Maystar Beauty Sdn Bhd dan pemilik jenama Neutrovis, Zayn Puah dan Pengarah Urusan Anggun Kirana Sdn Bhd serta pemilik jenama Himaya, Datuk KK Chua tampil memberikan sumbangan 10,000 kotak pelitup muka kepada organisasi amal dan sektor kerajaan.

Kata Izzue, sumbangan pelitup muka perubatan bernilai RM350,000 bersempena sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini adalah untuk membantu golongan kurang mampu, komuniti B40, penduduk PPR dan frontliners.

“Saya memuji usaha murni ini dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan.

“Dalam memerangi wabak ini, pastinya ada golongan yang sangat terkesan dalam pelbagai aspek.

“Jadi saya selalu berpesan pada diri sendiri, jika kita masih mampu berdiri, hulurlah tangan pada mereka yang sedang jatuh,” ujar Izzue.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca