Penglibatan di AJL35 dipertikai, Nabila Razali pertahan pihak pengurusan

Untitled design (39)
Untitled design (39)
A
A
A

NAMA Nabila Razali masih hangat diperkatakan sejak Ahad lalu, biarpun Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) sudah empat hari melabuhkan tirai.

Masih ramai rakan-rakan selebriti dan tidak kurang juga orang dalam industri seni membuka mulut berkongsi pandangan dan pendapat mereka tentang insiden Nabila ‘terkucil’ ketika menyampaikan lagu Peluang Kedua secara langsung.

Tidak kurang juga yang melihat kesilapan pada syarikat pengurusan Nabila kerana tidak memberi bimbingan sepatutnya kepada selebriti itu.

Bagaimanapun tidak berdiam diri, Nabila atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd Razali, 29, meminta semua pihak tidak menunding jari kepada pihak pengurusannya kerana keputusan untuk bertanding di pentas berprestij itu dibuat atas pilihannya sendiri.

“Ia adalah keputusan saya untuk berada di atas pentas itu. Ia adalah keputusan saya dan saya menikmati setiap saat yang berlalu tanpa menyesal.

“Tolong jangan salahkan pengurusan saya kerana mereka bekerja keras untuk memenuhi impian saya (membuat persembahan di AJL35),” luahnya.

Luahan yang dibuat Nabila menerusi Insta Story di akaun Instagram miliknya.

Nabila juga berterima kasih atas sokongan dan kata-kata semangat yang diterimanya sejak Ahad lalu.

“Terima kasih semua atas kasih sayang dan sokongan,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca