Penonton tegur lawak 'double meaning', Astro terbuka terima teguran
BARU-baru ini, seorang penonton saluran Astro telah menegur salah sebuah program terbitan Astro Warna yang disifatkan keterlaluan.
Menerusi hantaran yang dibuat pada 15 Januari itu, pengguna akaun Facebook dengan nama Nor Ashikinms itu menyifatkan dialog di dalam program berkenaan ‘double meaning’ hingga memberi persoalan kepada anaknya yang menonton.
Dua hari kemudian, Nor Ashikinms memuat naik satu hantaran baru yang memaklumkan sudah dihubungi pihak Astro.
Bahkan beliau turut memuji apabila Astro menerima teguran itu secara terbuka.
“Terima kasih kepada wakil Astro yang juga ahli CFM MCMC (Consumer Forum of Malaysia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia) kerana memberi respon yang baik di atas aduan saya mewakili para penonton Astro Astro Warna yang lain.
“Terima kasih juga kepada Mr Cheng, individu pertama yang memberi respon terhadap ‘posting’ saya dan memberi highlight ini ke pihak CFM.
“Untuk makluman pembaca, pihak Astro telah menghubungi saya melalui telefon dan memberi kerjasama yang positif.
“Atas aduan saya terhadap satu episod di dalam Panggung Karut, episod itu telah dikeluarkan dari mana-mana tayangan untuk siaran mana-mana saluran Astro.
“Pihak Astro juga meminta saya menulis sekiranya ada perkara yang perlu pihak Astro perbaiki ke arah yang lebih baik.
“Saya menyambut baik pelawaan ini untuk membantu pihak Astro memberikan mutu yang terbaik,” ujarnya yang turut berkongsi beberapa inti pati teguran kepada pihak Astro.
Rata-rata warganet turut bersetuju dengan apa yang disampaikan dan berharap Astro akan memperbaiki kandungan mereka pada masa akan datang.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang