Penulis lirik Lelaki Teragung, Rudy Imran meninggal dunia

RUDY IMRAN
RUDY IMRAN
A
A
A

PENULIS lirik Lelaki Teragung, Iman Imran atau nama sebenarnya Rudy Imran Shamsuddin disahkan meninggal dunia pada pagi Khamis.

Allahyarham yang merupakan bekas wartawan hiburan sebuah akhbar berbahasa Melayu itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 47 tahun di kediamannya di Semenyih, Selangor akibat kanser usus sejak beberapa tahun lalu.

Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan sendiri rakan serumah arwah pagi tadi.

Difahamkan, Allahyarham baru sahaja dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Isnin lalu selepas menerima rawatan lanjutan kanser.

Ketika hayatnya, Allahyarham cukup disegani sebagai antara wartawan hiburan tanah air yang turut berkecimpung dalam penulisan lirik.

Antara karya yang memasyhurkan nama Allahyarham ialah lagu Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah dan karya itu telah dinobatkan sebagai Lagu Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-31 pada 2017.

Sepanjang hayatnya, Rudy yang merupakan bekas wartawan hiburan itu memulakan karier penulisan di beberapa majalah dan akhbar Melayu termasuk VariaPop, akhbar Watan, majalah Hai (Utusan Karya) dan terakhir di akhbar Metro.

Selepas menyambung pengajian peringkat peringkat ijazah di UiTM dan Universiti Sains Malaysia (sarjana), arwah sebenarnya dalam proses melengkapkan pengajian Doktor Falsafah (PhD), namun tidak kesampaian.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca