PENYANYI terkenal Korea, Ailee bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan.

Menurut agensi pengurusan Ailee, A To Z Entertainment baru-baru ini mengesahkan mengenai berita tersebut.

“Ailee sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki bukan dalam kalangan selebriti, dengan merancang untuk berkahwin tahun depan.

Calon suami beliau katanya adalah seorang ahli perniagaan.

“Mereka berkenalan melalui seorang rakan.

“Ailee sendiri bercadang untuk berkongsi sendiri berita gembira ini dengan peminatnya sebaik sahaja persiapan dibuat,” katanya.

Sehubungan itu, agensi berkenaan berharap peminat menyokong dan mendoakan kebahagiaan kepada pasangan tersebut.

Debut pada tahun 2012 dengan lagu hits seperti ‘I Will Show You’, ‘I Will Go to You Like the First Snow’, dan ‘Evening Sky’, dia disayangi peminat luar dan dalam mefay kerana kebolehan vokalnya yang mantap.

Pada 10 Februari lalu, Ailee baru meraikan ulang tahun ke-12 bagi kemunculan beliau dalam industri hiburan korea.

Peminat luar dan dalam negara tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah dan dorongan kepada penyanyi berkenaan untuk terus maju dan berjaya di masa hadapan.

Baca juga:‘Saya jatuh bangun banyak kali, tapi sabar pasti ada ganjarannya’ – Wawa Zainal

Iklan

“Tahniah Ailee, awak layak terima kebahagiaan dari seluruh dunia,” kata rayan88.

“Amat bangga dengan pencapaian awak selama 12 tahun ini,” kata spearbiins.

“Selamat ulang tahun debut ke-12, ratu,” kata Indah.

Iklan

Baca juga:Koleksi Lebaran ‘1001 Tales Of Ariani’ serlahkan inovasi dan kreativiti, Lisa Surihani, Bella Dally & Uyaina kekal duta

Dalam pada itu, Ailee buat kali pertama akan mengadakan konsert jelajahnya ‘I Am Here di Malaysia pada 22 Jun nanti.

Lebih menarik, konsert yang bakal berlangsung di Mega Star Arena Kuala Lumpur turut menampilkan penyanyi Aina Abdul.

Sumber : Soompi