ARIANI, jenama fesyen terkemuka Malaysia, baru-baru ini menganjurkan fesyen show yang menampilkan koleksi terbaharunya, ‘1001 Tales of Ariani’.

Acara ini tidak hanya tertumpu kepada pelancaran koleksi Lebaran 2024 semata-mata, sebaliknya ingin  mempamerkan inovasi dan kreativiti yang tiada tandingan dalam industri fesyen hijab dan busana Muslimah di Malaysia.

Istimewanya, majlis itu diserikan dengan kehadiran DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang berkenan berangkat mencemar duli ke majlis pertunjukan fesyen tersebut.

Masih mengekalkan tiga duta Ariani iaitu Lisa Surihani, Bella Dally & Uyaina Arshad, pada masa sama, label berkenaan memilih muka-muka baru gandingan para selebriti iaitu keluarga besar pasangan selebriti Amar Bahrin & Amyra Rosli serta Fyza Kadir sebagai wajah terbaru Ariani RTW Premium.

Baca ni Ariani cakna tanggungjawab sosial, sumbang RM30,000 untuk tabung bencana & misi kemanusiaan

ariani

Majlis yang bertemakan Arabic itu dibuka dengan segmen Galeri Ariani yang
mempamerkan lebih dari 40 koleksi hijab merangkumi tudung polos dan printed,
dengan pelbagai rekaan seperti voile embroidery, embroidery plain, jacquard twill, koleksi popsicle, dan shawl bersulam.

Setiap koleksi direka dengan nuansa glamor dan penuh warna, menampilkan motif alam, flora, dan cetakan abstrak yang elegan dan praktikal. Segmen kedua pada petang itu diteruskan dengan pertunjukan rekaan dari ARIANI LUXE.

ariani

ARIANI LUXE adalah rangkaian koleksi hijab premium yang direka oleh pereka berkemahiran dan berpengalaman dengan sentuhan artisan yang mahir dalam mereka bentuk pola dengan perincian lace dan Swarovski eksklusif.

Bukan itu sahaja, koleksi pakaian lelaki ARYAN tidak ketinggalan memperagakan koleksi pakaian lelaki bermula dari kanak-kanak sehinga golongan dewasa.

Tidak ketinggalan baju melayu sedondon, kurta dan jubah yang kesemuanya direka khas menggunakan produk dan material yang berkualiti serta penekanan kepada jahitan yang kemas dan terperinci turut mendapat perhatian ramai pada majlis tersebut.

Baca lagi ‘Tiada istilah pilih kasih atau ingin eksploitasi anak demi kejar glamor.’- MUA Bellaz

ariani

Bukan itu sahaja, jenama terkenal itu turut menamplkan segmen ARIANI RTW dengan memaparkan 110 koleksi lebaran yang merangkumi kurung moden
polos, kurung printed moden, kaftan dan jubah.

Menerusi koleksi tersebut, kesemua rekaan mengangkat seni cetakan dalam nuansa pastel dan vibrant yang menyerlahkan lagi imej kewanitaan pelanggan ARIANI tatkala meraikan Aidilfitri serta turut mengangkat warna-warna ‘trendy’ yang menjadi pilihan ramai pelanggan pada tahun ini antaranya warna ‘Brick Orange’ dan ‘Lilac’.

Bersesuaian dengan konsep ready-to-wear, ARIANI RTW mahukan setiap wanita merasai pengalaman perayaan yang istimewa dengan memperkenalkan harga mampu milik dan berbaloi untuk dimiliki disamping rekaan yang minimal dan elegan.

Istimewanya tahun ini, setiap koleksi didatangkan dengan kepelbagaian size bermula XXS sehingga 6XL.

Baca juga Jakel rasmi gedung baharu, lancar kempen Jualan Rahmah. Harga murah, kualiti diutamakan

ariani

Iklan

Malah pada tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya, ARIANI RTW turut melancarkan
rekaan khusus bagi membolehkan para ibu bergaya sedondon dengan si cilik di hari raya.

Kemuncak majlis pada petang itu adalah pertunjukan fesyen dari The Premium Series by
ARIANI RTW yang merangkumi jubah dan abaya premium serta koleksi kurung eksklusif
khusus untuk pelanggan yang gemarkan rekaan mewah dengan sentuhan eksklusif dan dijual dalam kuantiti yang terhad.

Penggunaan material berkualiti tinggi dengan pelbagai rekaan potongan yang dilengkapi dengan aksesori bertatahkan swarovski antara keistimewaan koleksi The Premium Series ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ARIANI Textiles and Manufacturing (M) Sdn. Bhd., Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip dalam ucapan pembukaannya melahirkan rasa gembira dan terharu atas sokongan berterusan yang diterima dari pelanggan setia ARIANI.

Beliau juga menekankan komitmen ARIANI dalam menyediakan produk berkualiti tinggi, yang menggabungkan elemen keselesaan, gaya dan nilai eksklusif.

Baca juga Anak-anak rai resepsi Nad Zainal & Ungku Ismail jadi tumpuan ramai. ‘Majlis klasik, cantik & eksklusif. Sepadan.’

Iklan

ariani

Istimewanya lagi pada tahun ini, flagship store Ariani yang terbaharu ‘House of Ariani’ akan ditransformasi dan diperindahkan dengan tema Arabic hasil sentuhan magic perunding acara terkemuka REKA TEEMOR khas kepada pelanggan Ariani.

Majlis diserikan dengan kehadiran lebih 800 tetamu itu turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa oleh artis-artis jemputan antaranya Zizi Kirana, Datuk Jamal Abdillah dan berduet dengan anaknya Zaki Yamani.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!