Peraduan Wayang HibSinar – Mortal Kombat

A
A
A

ADA yang rindu untuk ke pawagam menonton filem kegemaran? Peraduan Wayang HibSinar kini kembali setelah lama berehat disebabkan krisis semasa, pandemik Covid-19 yang melanda dunia dan negara sejak setahun lalu.

Wayang HibSinar tampil berkolaboratif bersama Warner Bros. Malaysia untuk tayangan eksklusif filem aksi yang diilhamkan daripada permainan video blockbuster, Mortal Kombat.

Filem arahan Simon McQuoid yang ditunggu ramai itu mengisahkan tentang Cole Young, seorang ahli seni bela diri yang selama hidupnya hanya tahu bertarung dan tidak pernah mengetahui asal usul serta salasilah keluarganya.

Sehinggalah pada ketika Maharaja Shang Tsung dari Outworld menghantar pahlawan terbaiknya, Sub-Zero untuk memburu Cole.

Bimbang akan keselamatan keluarganya, Cole mencari Sonya Blade atas arahan Jax, seorang Mejar Pasukan Khas yang mempunyai naga pelik yang sama dengan Cole ketika dilahirkan. Cole mula mengenali dirinya ketika berlindung di kuil Lord Raiden.

Cole berlatih dengan pahlawan berpengalaman Liu Kang dan Kung Lao sebagai persiapan melawan musuh-musuh Outworld dalam satu pertungan epik.

Apakah yang berlaku seterusnya? Dapatkan jawapannya dengan menonton filem lakonan Ludi Lin, Joe Taslim, Tadanobu Asano, Jessica McNamee dan lain-lain di pawagam seluruh Malaysia mulai 8 April ini.

Mortal Kombat

Bahasa: Inggeris

Pengarah: Simon McQuoid

Pelakon: Ludi Lin, Joe Taslim, Tadanobu Asano, Jessica McNamee dan Mehcad Brooks

Genre: Aksi/pengembaraan

Klasifikasi: 18

Tayangan: 8 April 2021

Edaran: Warner Bros. Pictures

PERADUAN

Bagi yang ingin menonton secara percuma, anda bakal menjadi antara yang terawal menonton filem Mortal Kombat secara eksklusif bersama Wayang HibSinar (Sinar Harian) dengan hanya melengkapkan slogan menarik dan kreatif tentang filem ini.

Mortal Kombat menjadi filem pilihan untuk ditonton di pawagam kerana kerana:

.............................................................................................................................................

Lengkapkan slogan tersebut beserta info diri anda (Nama Penuh, No K/P, Alamat, No. Telefon) dan e-mel ke: hiburan.sinar@gmail.com (tarikh tutup: 4 April 2021).

INFO TAYANGAN

Tarikh: 7 April 2021 (Rabu)

Masa: 8 malam

Lokasi: Imax, TGV 1Utama

(Terima kasih: Warner Bros. Malaysia - Clariss Ooi)

**Hanya terbuka kepada anda yang menetap di sekitar Lembah Klang sahaja. (Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan terpantas dengan slogan menarik).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca