Perkahwinan Syamsul-Puteri Sarah didakwa bergolak, Mawi mohon doa yang baik
PENYANYI dan penyampai radio, Asmawi Ani atau Mawi mengakui terkejut sebaik mendapat perkhabaran mengenai masalah rumah tangga yang dihadapi oleh rakannya, Syamsul Yusof.
Menurut Mawi, 39, dia mengetahui perkara itu menerusi media dan media sosial.
Enggan cuba untuk masuk campur, Mawi mengakui ada menghubungi Syamsul untuk bertanya khabar.
"Saya memang rapat dengan dia, tetapi kami tidak pernah bercerita soal rumah tangga masing-masing bila berjumpa.
"Kami berbual lebih kepada kerja tentang lagu dan filem, itu yang kami selalu sembangkan selalu.
"Bila saya tahu cerita (masalah rumah tangga) dari media dan Instagram, saya ada hubunginya untuk bertanya khabar, tetapi tidaklah bertanya mengenai masalah peribadinya.
"Daripada perbualan pun semuanya okey dan dia tak ada menunjukkan sedang bermasalah.
"Saya harapkan cerita ini tidak betullah, kita doakan yang baik-baik sahaja," katanya ketika ditemui pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Nurflix, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Iskandar Malaysia Studios (IMS) dan Amazon Web Services (AWS) di Acapella Suite Hotel, Shah Alam semalam.
Terdahulu, isteri kepada Syamsul, Puteri Sarah dilaporkan berada di pejabat agama minggu lalu dan enggan mengulas mengenai tindakannya itu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang