Pernah dicop 'sendu', Faezah Elai terkejut masih diberi kepercayaan
PELAKON Faezah Elai meluahkan rasa terkejut dan terharu apabila masih diberi kepercayaan menjadi wajah kempen untuk jenama popular.
Menurut isteri kepada pengarah Heykal Hanifah itu, lamaran dan pelawaan jenama Mawar Cotton sukar ditolak, biarpun merasakan dia kini hanya artis 'sendu'.
“Saya anggap ini rezeki terindah. Jujur hingga saat ini saya rasa macam masih bermimpi dengan tanggungjawab dan amanah diberikan selama sebulan untuk kempen raya haji ini.
“Rezeki ini juga sebenarnya membuka kisah lama apabila pihak mereka berpuas hati apabila ulasan dan promosi baju kurung dibuat di Instagram (IG) tiga atau empat tahun lalu membuatkan tak menang tangan dan laku keras.
“Saya pun sudah tak ingat dengan kisah berkenaan. Tapi syukur, di sebalik ada yang menganggap saya ‘sendu’, ada jenama yang berani memilih saya.
“Kata mereka, koleksi Hajeera Edition khususnya kena dengan personaliti saya,” katanya yang mula berhijab pada 2015.
Ibu kepada Luqman Haqeem, Sarah Heyrissa, Luq Adam Heydhani, Dealova Heyrinna dan Aurora Heyricca ini secara peribadi turut menyenangi rekaan baju kurung jenama terbabit.
“Pendek kata, rekaannya sesuai dengan gaya dan cita rasa saya. Rekaannya juga ‘rare’ dan tak polos. Motif yang direka dan dihasilkan bagai memberi nyawa kepada baju kurung jenama itu,” katanya.
Lebih 17 tahun menceburi bidang seni, wanita kelahiran Pulau Pinang itu mengakui pembabitan seninya tidak seaktif dulu.
“Lagipun status saya sebagai ibu khususnya memerlukan saya memberi perhatian rapi kepada anak. Saya tidak pernah menyesali keadaan ini. Ikutkan tawaran berlakon drama dan filem tak pernah putus sampai saat ini.
“Cuma saya terpaksa tolak secara baik, kerana tak mahu menyusahkan produksi. Senang cerita, saya memang banyak berlakon di bawah arahan suami sendiri. Kalau ada tawaran pengarah dan produksi lain, jika kena dengan watak dan waktu… insya-Allah saya boleh pertimbangkan terutama kalau cuti sekolah.
“Jadi apabila tumpuan lebih kepada keluarga, saya banyak curi masa mempromosi perniagaan sendiri dan terbaharu bersama jenama Mawar Cotton,” katanya.
Bercerita lanjut mengenai baju kurung koleksi raya Aidiladha dipanggil Hajeera Edition, Faezah berkata, Mawar Cotton mengeluarkan 13 pilihan warna terdiri daripada kurung pleated dan kurung scallope, telah dilancarkan 9 Jun lalu bersempena sambutan Hari Raya Korban yang bakal diraikan hujung bulan ini.
View this post on Instagram
"Salah satu design koleksi Hajeera Edition yang dicetak iaitu Cahaya Palestina juga akan disumbangkan ke badan amal terpilih.
“Setiap RM1 dari hasil jualan baju rekaan Cahaya Palestina akan disumbangkan ke badan amal terpilih untuk saudara Islam di Palestin," jelasnya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang