Pertandingan Nasyid dan Marhaban Dalam Talian

Pertandingan Nasyid JKKN
Pertandingan Nasyid JKKN
A
A
A

BUAT julung kalinya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Rabbani Productions (M) Sdn Bhd akan menganjurkan Pertandingan Nasyid dan Marhaban Dalam Talian sempena IFTAR 2021 @RamadanOnline.

Pertandingan tersebut merupakan platform mencungkil bakat dan mengetengahkan kumpulan nasyid berkualiti sebagai pelapis kepada kumpulan nasyid dan marhaban komersil sedia ada.

Selain mengangkat bakat mereka ke peringkat lebih tinggi, pertandingan itu juga bertujuan mengumpulkan lagu-lagu nasyid ciptaan baharu oleh kumpulan yang bertanding.

Secara tidak langsung ia dapat membantu membangunkan potensi yang ada pada industri nasyid dan marhaban di Malaysia.

Meski negara masih berdepan pandemik Covid-19, program yang dilaksanakan itu diharapkan dapat mengajak masyarakat untuk bersama-sama menyemarakkan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Dalam masa sama, pertandingan itu secara tidak langsung menyajikan hiburan mendidik jiwa masyarakat menerusi penyampaian mesej positif daripada lagu-lagu nasyid dan marhaban.

Maklumat lanjut berkenaan Pertandingan Nasyid dan Marhaban Dalam Talian boleh didapati dengan melayari laman sesawang JKKN iaitu www.jkkn.gov.my ataupun Facebook JKKN melalui pautan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Tarikh tutup penyertaan pada 16 April, manakala keputusan pertandingan pula akan diumumkan pada 24 dan 25 April depan menerusi laman Facebook rasmi JKKN.

Johan bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000, Naib Johan sebanyak RM2,000 dan tempat ketiga sebanyak RM1,000. Sementara tiga pemenang saguhati akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM800.

(FOTO: JKKN)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca