Pertempuran epik Godzilla vs Kong

Godzilla vs Kong
Godzilla vs Kong
A
A
A

SELEPAS beberapa kali tarikh tayangannya ditunda akibat pandemik Covid-19, filem dinantikan ramai, Godzilla vs Kong akhirnya menemui penonton bermula 25 Mac lalu.

Filem arahan Adam Winggard menyaksikan kehadiran semula Godzilla di bumi berlaku disebabkan provokasi pihak bertanggungjawab, sementara King Kong pula mencari jalan pulang untuk kembali ke tempat asalnya bermula.

Pertembungan antara keduanya telah menyebabkan kemusnahan harta benda serta mengancam keselamatan awam.

Bagaimanapun hakikatnya, di sebalik apa yang berlaku itu sebenarnya berpunca daripada pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan dua ‘gergasi’ ini untuk kepentingan peribadi mereka.

Penonton disajikan dengan dua plot yang disatukan menerusi cerita sisi Godzilla dan King Kong yang masing-masing mempunyai matlamat tersendiri.

Sebuah filem yang sarat dengan aksi pertarungan mendebarkan. Tampil dengan CGI hebat, penonton dapat merasai sendiri bagaimana ketegangan yang berlaku dalam babak-babak tersebut terutamanya melibatkan pertarungan epik antara keduanya.

Dalam pada keterujaan menyaksikan babak aksi, penonton pastinya akan turut tersentuh emosi menerusi watak King Kong yang bersungguh-sungguh mahu kembali ke dunia asalnya meski perlu berdepan pelbagai dugaan dan cabaran.

Antara yang menarik juga adalah paparan sinematografi filem ini yang sangat cantik dan banyak menyokong penceritaan.

Bagaimanapun secara keseluruhannya, jalan cerita untuk sekuel kali ini dilihat agak longgar dan kurang memberikan impak. Mungkin kerana terlalu fokus kepada aksi sehingga terlepas tumpuan kepada penceritaan.

Apa pun, Godzilla vs Kong tetap berbaloi untuk ditonton terutamanya bagi pengikut setia filem ini termasuk mereka yang sudah lama rindu untuk menonton filem di pawagam.

Filem: Godzilla vs Kong

Bahasa: Inggeris

Klasifikasi: P13

Genre: Aksi/sains fiksyen

Durasi: 1 jam 53 Minit

Tarikh Tayangan: 25 Mac 2021

Pengarah: Adam Winggard

Pelakon: Alexander Skarsgard, Millie Bobby Brown, Rebecca Hall dan Brian Tyree Henry

Bintang: 3.5/5

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca