FRANCAIS filem robot kegemaran ramai, Transformers sememangnya mempunyai pengikutnya yang tersendiri sejak kali mula diperkenalkan sehingga kepada siri terakhirnya, Bumblebee pada 2018.

Menamatkan penantian ramai, naskhah popular itu kini kembali dengan sekuel terbaharunya, Transformers: Rise Of The Beasts yang memulakan tayangan rasmi di pawagam bermula 8 Jun lalu.

Menariknya kali ini, filem yang diarahkan oleh Steven Caple Jr. itu akan membawa penonton pada pengembaraan menyeronokkan menggunakan latar masa era 1990-an dengan menggabungkan elemen-elemen dari dunia Transformers melibatkan konflik antara Autobots, Maximals dan ancaman gelap dari Unicron.

Transformers: Rise Of The Beasts mengisahkan tentang penemuan kunci Transwarp di Bumi, sekali gus mengundang kepada kedatangan Terrorcons, orang suruhan Unicron yang mahu menguasai alam semesta menerusi kunci tersebut.

Autobots dan Maximals kemudiannya bertemu dengan manusia iaitu Noah dan Elena secara tidak sengaja dan akhirnya bekerjasama untuk menghentikan ancaman jahat Terrorcons.

Penceritaan untuk sekuel ini kelihatan lebih straight forward dan mudah difahami penonton meski ada yang mungkin tidak pernah menonton siri filem terdahulu.

Kolaborasi epik antara Autobots, Maximals dan manusia dalam sekuel kali ini juga dibina dengan begitu kreatif dan menyeronokkan. Bahkan penampilan karakter Maximal yang hadir menerusi watak-watak dijelmakan daripada robot gorilla, badak sumbu, Cheetah dan Helang begitu mencuri perhatian.

Antara babak menarik dalm Transformers: Rise Of The Beasts.

Biarpun bermula agak perlahan, tetapi filem ini menampilkan adegan-adegan aksi luar biasa yang dirancang dengan cukup kemas dan teliti. Penonton disajikan dengan babak pertempuran mendebarkan dlam penampilan dan garapan yang meyakinkan.

Kesan visual dipaparkan juga terlibat hebat dengan paparan teknik imej janaan komputer (CGI) yang sangat berimpak. Bayangkan bagaimana kita boleh merasaikan debaran pertempuran yang disajikan meski ia hanya melibatkan jentera-jentera besi gah.

Paling epik pertempuran pada babak akhir tampil dengan aksi luar bisa yang tentunya memberikan impak tontonan tersendiri kepada penonton.

Iklan

Tidak hanya itu itu, keserasian watak Noah yang dilakonkan oleh Anthony Ramos dan anggota Autobots iaitu Mirage (Pete Davidson) turut menjadi elemen yang menjadi tumpuan. Karakter Mirage sangat disenangi, malah dialog-dialog dan aksi lucu yang dipaparkan berjaya memikat penonton. Bersahaja tetapi berimpak.

Bagaimanapun, tidak dinafikan terdapat beberapa babak ulangan dan plot klise yang sudah dapat dijangka penonton. Namun perkara tersebut berjaya diimbangi dengan elemen-elemen luar jangka, sekali gus menutup kekurangan.

Secara keseluruhannya Transformers: Rise Of The Beasts tetap tampil dengan aksi dan keseronokan tersendiri dan menjadi antara filem aksi wajib tonton.

Iklan


Transformers: Rise Of The Beasts
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P12
Genre: Aksi/sains fiksyen
Durasi: 2 jam 7 minit
Pengarah: Steven Caple Jr.
Pelakon: Anthony Ramos, Dominique Fishback, Luna Lauren Velez, Pete Davidson, Ron Perlman
Terbitan: United International Pictures
Tarikh Tayangan: 8 Jun 2023

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi