BENARLAH kata orang, sekecil-kecil pemberian pun, mungkin memberi makna yang cukup mendalam pada orang lain.

Begitulah yang dilalui oleh seorang lelaki yang bekerja sebagai ‘caddy golf’, apabila dapat pulang ke kampung menjenguk arwah ibunya berbekalkan duit ‘tips’ yang diberikan oleh penerbit, pengarah dan pelakon, Datuk Hans Isaac.

Menurut lelaki tersebut, wang berkenaan sangat bermakna buatnya kerana kebetulan ketika itu dia sudah kekurangan belanja.

“Datuk, dulu Datuk ada bagi tips pada saya selepas Datuk habis main golf. Duit tips tu saya buat modal isi minyak motor untuk balik rumah tengok arwah mak saya.

“Waktu itu tengah bulan dan poket tengah kering. Terima kasih banyak ya. Semoga Tuhan memberkati kehidupan Datuk,” dedah lelaki tersebut pada ruangan komen media sosial dan kemudiannya dimuat naik semula oleh Hans di akaun Instagram miliknya.

Iklan

Bagaimanapun jelas Hans, dia tidak berniat untuk mendapat penghargaan daripada perkongsian tersebut, namun dia mahu berkongsi bahawa sekecil-kecil pemberian mampu memberi kegembiraan kepada orang lain.

“Kadang-kadang small gesture boleh memberi perubahan. Saya berkongsi catatan ini untuk tidak mengambil penghargaan tetapi mahu menjadikan ia contoh kepada semua untuk tidak pernah lupa bahawa ada yang lebih susah daripada kita dan mereka tidak pernah mensia-siakan kehidupan begitu saja.

Iklan

“Saya tidak sedar apa yang saya buat kepada lelaki ini tetapi terima kasih kerana berkongsi ini. Saya berdoa agar kasih sayang Allah sentiasa bersama anda dalam masa-masa sukar dan sebagainya. Moga Dia menolong dan menyembuhkan hati anda yang sudah kehilangan ibu,” tulisnya.

KOMEN
Paparan komen yang ditinggalkan oleh pemuda berkenaan.