Pesona Raisa, hiburkan 2,500 peminat di Zepp Kuala Lumpur

A
A
A

PENYANYI popular Indonesia, Raisa tampil menghiburkan peminatnya di Kuala Lumpur dengan penuh pesona menerusi konsert Raisa Live In Malaysia pada malam Ahad.

Persembahan yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur itu dihadiri sekitar 2,500 penonton yang teruja untuk menyaksikan aksi bintang pop dan R&B itu buat pertama kalinya di Malaysia.

“Saya rasa terharu melihat sambutan yang di luar jangkaan daripada peminat Malaysia dan ternyata penantian selama 12 tahun untuk membuat persembahan di sini akhirnya berbaloi,” katanya.

Raisa membuai perasaan penonton selama dua jam dengan mempersembahkan 20 buah lagu hit nyanyiannya dari awal kemunculan sehingga kini seperti Kali Kedua, Mantan Terindah, Bahasa Kalbu, LDR, Cinta Sederhana, Serba Salah, Tentang Dirimu, Percayalah dan lain-lain dengan iringan pemuzik profesional yang diterbangkan khas dari Indonesia.

Tidak hanya menyanyi, bintang yang cukup petah berbicara itu turut berkongsi cerita di sebalik lagu-lagu yang dinyanyikan, selain bergurau senda bersama para peminatnya yang cukup sporting dan turut menyanyi bersamanya sepanjang persembahan.

Raisa Live In Malaysia dibawakan khas oleh Hitman Solutions.

Penuh perasaan, Raisa menyampaikan seleksi lagu hitnya buat peminat yang hadir.

Peminat bukan sahaja dibuai dengan nyanyian Raisa, tetapi turut terhibur dengan telatah bersahaja penyanyi itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca