Pilih Fasha Sandha jadi ‘Rosalinda’, tudung Leeyanarahman habis terjual

FASHA SANDHA - TUDUNG ROSALINDA (3)
FASHA SANDHA - TUDUNG ROSALINDA (3)
A
A
A

PELAKON Fasha Sandha terharu apabila mendapat kepercayaan jenama tudung popular, Leeyanarahman sebagai muse kempen terbaharu mereka yang dipanggil Rosalinda.

Cetakan tudung edisi terhad dengan nama kempen hasil cetusan inspirasi drama telenovela Rosalinda yang popular sekitar tahun 1999 lakonan artis Mexico, Thalia sebanyak 220,000 helai itu habis licin terjual sejak dilancarkan 17 Mei lalu.

“Kalau Thalia menjadi Rosalinda dikenali dengan wajah cantik serta suka menyelit bunga mawar di tepi telinganya, tudung kempen Rosalinda ini juga apa kurangnya.

“Saya sendiri melihat usaha dilakukan pemiliknya, Nur Liyana dan suami, Muhammad Hafiz yang mengangkat jenama tudung mereka sejak 2012. Ternyata populariti dan pengaruh itu seiring dengan kualiti tudung mereka yang cantik, trendy, berkualiti dan harga mampu milik.

“Tentunya saya bangga apabila kempen ini memilih nama Rosalinda. Drama dan watak yang pernah bertakhta di hati ramai itu tak disangkal lagi. Sejak kecil saya meminati drama itu dan teruja menjayakan kempen ini,” katanya.

Fasha sentiasa berdisiplin dalam diet yang dilakukan.

Mengulas tentang penampilan terkininya yang kelihatan semakin langsing, ibu kepada Putra Rayfal, Putri Rasyha Jemyma dan Aisha itu mengakui bukan kerja mudah untuk sampai ke tahap sekarang.

Menurut Fasha, berat badannya berjaya diturunkan sehingga lebih 10 kilogram.

“Sejak Oktober lalu, saya jaga pemakanan dan imbangi dengan senaman. Saya juga sudah boleh diet ketat selepas Aisha sudah meminum susu formula.

“Dari Isnin hingga Jumaat, saya tak makan daging dan ayam langsung. Hanya jamah ikan saja. Namun pada Sabtu dan Ahad, hari saya makan apa sahaja.

“Saya ini daripada jenis genetik besar. Jadi makan lebih sedikit badan akan cepat naik. Syukur pengorbanan dan usaha saya nak langsing kali ini dipermudahkan,” katanya.

Pilihan tepat

Sementara itu, pengasas jenama Leeyanarahman, Nur Liyana Abdul Rahman berkata, pemilihan Fasha untuk kempen baharu mereka adalah tepat.

“Kami percaya niat mahu melihat wanita termasuk beragama Islam dan Melayu menggayakan tudung mampu milik ini sentiasa dipermudahkan. Semoga Tuhan terus mempermudahkan niat ini dan menjadi asbab baik untuk semua.

“Tentunya, lonjakan dan ledakan kempen itu ‘menjadi’ apabila kami melamar pelbagai artis wanita berpengaruh untuk menjadi muse.

“Fasha sendiri yang semakin langsing kebelakangan ini, sekali gus menepati keinginan kami menjadi wakilan dan simbolik Rosalinda yang pernah menjadi igauan ramai suatu lebih dua dekad lalu. Tak sangka fenomena ‘Rosalinda’ itu berlaku lagi asbab pemilihan Fasha dan sokongan peminat jenama kami,” akuinya.

Tambahnya lagi, koleksi tudung dikeluarkan kali ini menampilkan 20 rekaan.

“Antara 20 koleksi rekaan itu kami namakan Thalia, Peony, Miamor, Mawar, Amaryllis, Catalina, Bonita dan Lily.

“Sekarang kami turut sibuk pula dengan koleksi Aidiladha Series seperti gabungan kaftan dan kurung yang dipanggil Aspalela,” katanya.

Fasha bersama pengasas jenama Leeyanarahman, Nur Liyana Abdul Rahman.

Bagi kempen selama dua bulan bersama Fasha itu, ia menjadi usaha kali kelima pihak jenama tudung berkenaan menggunakan artis dan pempengaruh.

Terdahulu, jenama berdaftar di bawah syarikat Leeyanarahman Empire itu pernah menggunakan Ummi Nazeera, Hannah Delisha, Mariam Durian Kimchi, Sophia Albarakbah dan Farah Nabilah.

Untuk rekod, tudung Leeyanarahman sejak dilancarkan belum sampai setahun lalu telah pun terjual sebanyak 1,320,000 helai.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca