Pilih perbaiki diri dan rumah tangga, Zarina Anjoulie rujuk semula

Untitled design (87)
Untitled design (87)
A
A
A

PELAKON Zarina Anjoulie mengakui dia dan Eilyas Azhar atau Yas sudah kembali rujuk, tidak sampai sebulan selepas bercerai.

Menurut Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, keputusan itu dibuat selepas mereka memilih untuk mengetepikan ego dan bersetuju untuk memperbaiki diri dan rumah tangga yang dibina 17 Julai tahun lalu.

“Ya, betul (rujuk)… Selepas berbincang, kami berdua nak perbaiki diri dan rumah tangga. Mungkin sebelum ini, sama-sama ego.

“Tetapi selepas berfikir dan berbincang, kami berdua rasa tak mahu putus asa dengan perkahwinan ini.

“Alhamdulillah, sekarang kami pun nak ke arah yang lebih baik, terutamanya dari segi agama… Nak belajar untuk menjadi lebih baik di masa akan datang.

“Saya harap semua orang dapat mendoakan yang baik-baik untuk kami berdua,” katanya seperti dilaporkan mStar.

Zarina sebelum ini memberi bayangan sudah berbaik dengan Yas apabila membuat naik gambar menerima sejambak bunga.

Pelakon itu juga secara berseloroh meminta mana-mana wanita yang menghubungi suaminya itu agar berhenti berbuat demikian.

Zarina pada 10 Februari lalu mengakui perkahwinannya dengan Yas sudah berakhir dan menganggap perkahwinan yang dibina terlalu terburu-buru.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca