Polis Evo 3 tambah kutipan RM2 juta lagi

POLIS EVO 3
POLIS EVO 3
A
A
A

SELEPAS mengutip RM1.3 juta pada tayangan pembukaan Rabu lalu, filem Polis Evo 3 terus cemerlang dengan tambahan RM2.1 juta lagi pada tayangan hari pertama, semalam.

Ini menjadikan filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures itu telah mengutip RM3.4 juta secara keseluruhan sekali gus mengetepikan filem antarabangsa, FAST X dengan kutipan melebihi 2 kali ganda pada Khamis 25 Mei dan mendominasi carta kutipan pawagam.

Bukan itu sahaja, Polis Evo 3 , turut tular di media sosial pada hari tayangan rasminya semalam dan rata-rata penonton berkongsi reaksi positif.

Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Terdahulu Polis Evo (2015) mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta dan Polis Evo 2 (2018) memungut jumlah box office RM23juta.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca