Polis Evo 3 terus catat kutipan memberangsangkan

A
A
A

SELEPAS berjaya mengaut kutipan RM25 juta dalam tempoh tujuh hari tayangan termasuk sehari tayangan awal, kutipan filem Polis Evo 3 terus melonjak di hari yang kesembilan dengan jumlah RM30 juta.

Khabar gembira itu itu dibuat di akaun rasmi Instagram Astro Shaw.

"Alhamdulillah. Family kita lagi kuat boh! Kali ni Filem Pilihan No.1 Malaysia kita dapat capai RM30 JUTA dalam masa 9 hari saja!

"Terima kasih atas sokongan padu anda. So, siapa-siapa yang masih belum tengok atau nak tengok lagi sekali filem Polis Evo 3 ni, jom kita ramai-ramai serbu panggung!" tulis pengendali akaun berkenaan.

Bukan itu sahaja, perkongsian laman Instagram berkenaan berkaitan jualan tiket Polis Evo 3 juga menunjukkan kebanyakan pawagam hampir penuh.

Rata-rata yang menonton juga memuji hasil karya Syafiq Yusof dan lakonan mantap para pelakonnya iaitu Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan dan Eyka Farhana.

Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Production dan TGV Cinemas mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca