Polis jumpa syabu! Nia Ramadhani, suami ditahan kes dadah

Untitled design (10)
Untitled design (10)
A
A
A

PELAKON popular Indonesia, Nia Ramadhani dan suami, Ardi Bakrie dilaporkan telah ditahan polis Indonesia selepas penemuan dadah jenis syabu.

Menurut laporan CNN Indonesia, Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Jaya Kombers, Yusri Yunus mengesahkan penemuan dadah tersebut, namun tidak memberikan penjelasan terperinci mengenai jumlah dan lokasi penangkapan pelakon yang terkenal dengan sinetron Bawang Putih, Bawang Merah itu.

"Iya ada barang bukti itu (dadah). Kedua-dua masih disoal siasat oleh pihak berkuasa.

"Selepas ini saya akan mengadakan sidang media," kata Yusri.

Pada masa sama media Indonesia itu turut berusaha mendapatkan maklum balas daripada pembantu peribadi Nia, Tere, namun sehingga kini masih tidak mendapat maklum balas.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca