Positif Covid-19, Aaron Aziz kuarantin di rumah

AARON AZIZ - POSITIF COVID
AARON AZIZ - POSITIF COVID
A
A
A

PELAKON Datuk Aaron Aziz disahkan positif Covid-19 selepas pulang daripada menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah bersama keluarga, baru-baru ini.

Menurut pelakon KL Gangster itu, biarpun sudah empat hari menjalani kuarantin di rumah. Dia masih belum pulih sepenuhnya daripada virus tersebut.

“Saya sudah pulang daripada mengerjakan umrah empat hari lalu dan disahkan positif Covid-19.

“Walaupun sudah empat hari menjalani kuarantin, tetapi sehingga sekarang masih belum baik lagi,” katanya menerusi perkongsian di akaun Instagram.

Dalam pada itu, Aaron turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa memakai pelitup muka dan menjaga kebesihan diri apabila keluar rumah.

“Saya nasihatkan pada orang di luar sana terutamanya mereka yang berada di Malaysia dan Singapura bahawa Covid masih lagi ada di sekeliling kita.

“Jangan fikir virus ini sudah tiada atau anggap ia satu kebiasaan dalam hidup kita seperti selsema biasa.

“Apabila keluar rumah, tolong pakai pelitup muka dan jaga kebersihan, terutama bagi mereka yang mempunyai keluarga dan anak-anak kecil,” katanya.

Aaron dan keluarga berangkat ke Tanah Suci dan mengerjakan ibadah umrah pada hujung Disember lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca