Positif Covid-19, Ashira syukur Bad Indigo, anak tidak dijangkiti

Untitled design (35)
Untitled design (35)
A
A
A

PENYANYI, Ashira meluahkan rasa syukur apabila suaminya yang juga penyanyi kumpulan Indigo, Bad, tidak dijangkiti virus Covid-19 seperti dirinya.

Ashira yang juga pemenang tempat ke-7 Gegar Vaganza 7 (GV7), turut meluahkan rasa syukur apabila keputusan ujian calitan anak dan anak saudaranya sama seperti Bad.

“Lega rasa. Syukur Alhamdullillah. Biarlah saya seorang sahaja yang hadap positif ni (Covid-19).

“Anak dan anak buah saya juga kedua-duanya negatif. Mereka kena berjaga, nanti hari ke-10 kena buat swab test kedua untuk pastikan mereka bebas daripada virus.

“Insya-ALLAH semoga semua dipermudahkan,” kongsinya menerusi Instagram.

Ashira sebelum ini memaklumkan dia disahkan positif Covid-19 tahap tiga, namun tidak memerlukan bantuan oksigen dan menjalani kuarantin di rumah.

Menerusi Insta Story miliknya, penyanyi itu memberitahu dia mula mengalami tekak gatal, batuk kering dan sakit dada serta mengalami demam sejak empat hari lalu.

Baru-baru ini, Ashira juga memaklumkan bahawa bapanya, Syed Abdul Aziz Syed Alwi dan ibu tirinya, Norma Ariffin turut disahkan positif Covid-19.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca