‘Privasi Musa terjejas dan identiti ibu kandung terbongkar.’ Mizz Nina akhirnya buka mulut perjelaskan konflik anak angkat

A
A
A

AKHIRNYA Mizz Nina tampil memperjelaskan isu berkaitan anak angkat yang sebelum ini dilaporkan dibawa ‘pergi’ tanpa pengetahuannya sehingga kecoh di media sosial.

Penyanyi dan juruvokal itu berkongsi kenyataan rasmi menerusi instagram peribadi memberitahu, Musa diambil tanpa sebarang persetujuan dan pengetahuannya.

“Saya menjaga Musa sejak usianya dua hari dan menyusui seperti anak sendiri. Selama dua tahun tidur di katil yang sama dan menjalani rutin harian dengan kelas serta rakan-rakan.

“Semasa saya berada di dalam kapal terbang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, dia dibawa pergi sedangkan Musa di bawah penjagaan saya dengan dokumentasi undang-undang,” tulisnya.

Mizz Nina

Rentetan daripada insiden itu, pemilik nama sebenar Shazrina Azman memaklumkan, beliau tidak mengetahui lokasi dan berita tentang Musa selama lebih tiga minggu.

“Pada masa itu, bekas suami memuat naik muka Musa di internet sekali gus melanggari perjanjian. Kemudian berkata dia tidak tahu menahu mengenainya sedangkan dia tahu.

 

“Mulai saat itu, privasi Musa terjejas dan kehidupannya tidak lagi sama. Permohonan maaf tersebut juga tidak menjaga sensitiviti bahawa identiti ibu kandung enggan dikenali,” jelasnya.

Untuk mengelakkan isu sama berterusan, usahawan yang juga suri hati kepada penyanyi rap, Essam Muhammad kemudian mendapatkan perintah ex parte di mahkamah syariah.

mizz nina

“Sebenarnya, selepas saya bercerai, bekas suami dengan rela hati menandatangani dokumen undang-undang yang memberi saya hak penuh untuk menjaga Musa di hadapan pesuruhjaya sumpah.

Baca juga ‘Hancur hati, percaya dengan jalan perdamaian’. Noh Salleh akur perintah mahkamah, serah Musa pada Mizz Nina

Baca juga Mizz Nina, Noh ambil anak angkat lelaki bernama Musa

“Sejak saat itu, dia kehilangan hak untuk menjadi penjaga kepada Musa. Sejak saya berkahwin semula, Musa berada dalam keadaan yang stabil dengan mama dan babanya,” kongsinya.

mizz nina

Pun demikian kejadian si anak dibawa pergi oleh pengasuh yang diupah untuk menjaga Musa sepanjang tidakberadaannya di rumah disifatkan satu perbuatan khianat.

“Pemberitahuan kisah ini supaya tiada lagi spekulasi dan fitnah selepas ini dan berharap tiada gangguan buat kami pada masa akan datang. Ini bukan hanya sisi cerita saya tetapi kebenaran.

mizz nina

“Semoga ALLAH terus membawa sinar kebenaran,” tulisnya mengakhiri perkongsian yang menerima lebih 56,000 tanda suka.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca